Sunday 3 January 2016

Filled Under:

"Benar saya sudah bercerai talak satu" Artis terkenal ada konflik dalaman yang menyebabkan dia bertindak sedemikian....

KUALA LUMPUR : #Pelakon Fezrul Khan menjelaskan rumah tangga yang dibina dengan Noorhafizah Zulkafli, 31, sejak tiga tahun lalu runtuh bukan disebabkan kehadiran orang ketiga, sebaliknya kerana masalah dalaman. Tanpa mahu menyatakan masalah itu, Fezrul atau nama sebenarnya #Fezrul Khan Junaidi, 35, berkata timbul konflik antara mereka yang tidak dapat diselesaikan. "Benar saya sudah bercerai talak satu.

#Jodoh kami tidak panjang untuk meneruskan lagi perkahwinan ini. Kami bercerai bukan kerana orang ketiga tetapi konflik itu terjadi antara kami sendiri. "Buat masa ini saya sedang bekerja dan perlu memberikan sepenuh tumpuan supaya tidak hilang konsentrasi.

Kalau boleh saya tidak mahu memikirkan atau membincangkan perihal perceraian ini," katanya kepada BH Online. FEZRUL bersama anaknya, #Farrel Khan. Beliau melafazkan cerai talak satu itu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini, semalam. Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata berusia dua tahun bernama Farrel Khan.

#Difahamkan pelakon #di bawah naungan Metrowealth Movies Production itu kini sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9. Fezrul mula menjejakkan kaki di dalam dunia lakonan bermula pada 2004 dan antara drama filem yang dibintangi oleh Fezrul ialah drama bersiri Bini-Bini Perkasa, Santau Merasuk serta filem Sumpahan Kum Kum dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang.




0 comments:

Post a Comment