Sunday 10 January 2016

JIJIKNYA.....Wanita ini tak sedar dia tercirit semasa sibuk berdisko sehingga semua berlari keluar sebab tak tahan bau busuk...Apa punca dia sampai tak sedar ni?



Ketika #sedang berada di meja bar, tiba-tiba beliau datang kepada saya yang sebelum itu beliau menari bersama rakan lain. Tiba-tiba, hinggalah hampir ke semua pengunjung kelab tersebut keluar kerana tidak tahan dengan baunya.

Menurut seorang individu, bekas teman lelaki wanita itu telah meletakkan sejenis ubat dalam minuman mangsa. Mangsa yang tidak menyedari perbuatan bekas #teman lelakinya itu, terus minum minuman berkenaan menyebabkan mangsa tercirit tanpa sedar.


Mangsa pada mulanya hanya #terasa basah di bahagian punggungnya. Bagaimanapun dia terkejut apabila mengetahui dirinya tercirit tanpa sedar. Difahamkan, bekas teman lelakinya berbuat demikian kerana berang dengan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga di belakangnya.



ALAMAK.....tak boleh ke masjid kalau tak pakai topi keledar??

ALOR SETAR: #Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof, berkata ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid. #"Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat 'Long Short Walk 2016' peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata #statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Januari hingga September 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015. "Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat," katanya.

Abd Ghafar #menasihati orang ramai agar lebih menggunakan kereta atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau lokasi lain kerana ia lebih selamat. Beliau turut menasihati pejalan kaki agar menggunakan jejantas dan 'zebra crossing' sekiranya mahu melintas jalan. - BERNAMA


Bukan susah nak membuatnya...tapi kenapa makanan ini menjadi viral yang hangat akhir2 ini??

 Kewujudan #aiskrim roti ni dah lama cuma tak di viral kan je. Walaupun dah lama wujud, takdelah lama sangat kot tapi tak merasa lagi gabungan aiskrim dan roti ni. Sedap ke tidak? Tak pernah jumpa kedai aiskrim roti. So tak dapatlah merasa. Tapi nampak macam sedap.



Pulak tu #dapat flavour aiskrim yang kita suka kan. Fiza suka flavour mint, sejuk je tekak.

Aiskrim #roti ni takyah nak acah acah kempunan sebab boleh buat sendiri je. Beli roti kosong dan letak aiskrim je. Pun boleh! Jenuh pulak nak cari kedai. Nak lagi sedap tambah kekacang. Siap!





Apakah satu perkara milik anda yang tidak boleh dikawal oleh orang lain??

Jerry adalah seorang manager restoran di Amerika. Dia selalu dalam semangat yang baik dan selalu punya hal positif untuk dikatakan. Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang sedang dia kerjakan, dia akan selalu menjawab, ” Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar!” Banyak pelayan di restorannya keluar jika Jerry pindah kerja, sehingga mereka dapat tetap mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain.

Alasan mengapa para pelayan restoran tersebut keluar mengikuti Jerry adalah karena sikapnya. Jerry adalah seorang motivator alami. jika karyawannya sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sana , memberitahu karyawan tersebut bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai. Melihat gaya tersebut benar-benar membuat aku penasaran, jadi suatu hari aku temui Jerry dan bertanya padanya, “Aku tidak mengerti! Tidak mungkin seseorang menjadi orang yang berpikiran positif sepanjang waktu. #Bagaimana kamu dapat melakukannya? ” Jerry menjawab, “Tiap pagi aku bangun dan berkata pada diriku, aku punya dua pilihan hari ini. Aku dapat memilih untuk ada di dalam suasana yang baik atau memilih dalam suasana yang jelek. Aku selalu memilih dalam suasana yang baik.

Tiap kali sesuatu terjadi, aku dapat memilih untuk menjadi korban atau aku belajar dari kejadian itu. Aku selalu memilih belajar dari hal itu. Setiap ada sesorang menyampaikan keluhan, aku dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau aku dapat mengambil sisi positifnya.. Aku selalu #memilih sisi positifnya.” “Tetapi tidak selalu semudah itu,” protesku. “Ya, memang begitu,” kata Jerry, “Hidup adalah sebuah pilihan. Saat kamu membuang seluruh masalah, setiap keadaan adalah sebuah pilihan. Kamu memilih bagaimana bereaksi terhadap semua keadaan. Kamu memilih bagaimana orang-orang disekelilingmu terpengaruh oleh keadaanmu. Kamu memilih untuk ada dalam keadaan yang baik atau buruk. Itu adalah pilihanmu, bagaimana kamu hidup.”

Beberapa tahun kemudian, aku dengar Jerry mengalami musibah yang tak pernah terpikirkan terjadi dalam bisnis restoran: membiarkan pintu belakang tidak terkunci pada suatu pagi dan dirampok oleh tiga orang bersenjata. Saat mencoba membuka brankas, tangannya gemetaran karena gugup dan salah memutar nomor kombinasi. Para perampok panik dan menembaknya. Untungnya, Jerry cepat ditemukan dan segera dibawa ke rumah sakit.

Setelah menjalani operasi selama 18 jam dan seminggu perawatan intensif, Jerry dapat meninggalkan rumah sakit dengan beberapa bagian peluru masih #berada di dalam tubuhnya. Aku melihat Jerry enam bulan setelah musibah tersebut. Saat aku tanya Jerry bagaimana keadaannya, dia menjawab, “Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar. Mau melihat bekas luka-lukaku? ” Aku menunduk untuk melihat luka-lukanya, tetapi aku masih juga bertanya apa yang dia pikirkan saat terjadinya perampokan. “Hal pertama yang terlintas dalam pikiranku adalah bahwa aku harus mengunci pintu belakang,” jawab Jerry.

“Kemudian setelah mereka menembak dan aku tergeletak di lantai, aku ingat bahwa aku punya dua pilihan: aku dapat memilih untuk hidup atau mati. Aku memilih untuk hidup.” “Apakah kamu tidak takut?” tanyaku. Jerry melanjutkan, ” Para ahli medisnya hebat. Mereka terus #berkata bahwa aku akan sembuh.

Tapi saat mereka mendorongku ke ruang gawat darurat dan melihat ekspresi wajah para dokter dan suster aku jadi takut. Mata mereka berkata ‘Orang ini akan mati’. Aku tahu aku harus mengambil tindakan.” “Apa yang kamu lakukan?” tanya saya. “Disana ada suster gemuk yang bertanya padaku,” kata Jerry. “Dia bertanya apakah aku punya alergi. ‘Ya’ jawabku..

Para dokter dan suster berhenti bekerja dan mereka menunggu jawabanku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan berteriak, ‘Peluru!’ Ditengah tertawa mereka aku katakan, ‘ Aku memilih untuk hidup. Tolong aku dioperasi sebagai orang hidup, bukan orang mati’.” Jerry dapat #hidup karena keahlian para dokter, tetapi juga karena sikap hidupnya yang mengagumkan.

Aku belajar dari dia bahwa tiap hari kamu dapat memilih apakah kamu akan menikmati hidupmu atau membencinya. Satu hal yang benar-benar milikmu yang tidak bisa dikontrol oleh orang lain adalah sikap hidupmu, sehingga jika kamu bisa mengendalikannya dan segala hal dalam #hidup akan jadi lebih mudah.


Cantik baq ang!!!!1 Sah2 selfie tak henti setiap sudut.... Apa yang begitu dibualkan oleh wanita ini??

Selepas merealisasikan hasratnya untuk menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman dilihat semakin teruja dengan misinya membawa perubahan besar kepada skuad The Red warriors (TRW).
Terbaru, Hasmiza berkongsi gambaran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang bakal dicat dengan warna merah jambu seperti diidamkannya.

"Doakan semoga saya dapat realisasikan signature of Kelantan, Pamoga Qu Puteh - The Red Warriors," tulis beliau pada kapsyen gambar tersebut, malam tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya bersetuju dengan tajaan dan syarat diletakkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu untuk menjadi penaja Kelantan.
Hasmiza sebelum ini meletakkan dua syarat kepada Kafa iaitu menukar warna stadium dengan merah jambu dan nama pasukan didahului dengan perkataan "Pamoga Qu Puteh".
Bagaimanapun, selain dua syarat tersebut Hasmiza turut mengemukakan 33 lagi syarat tambahan kepada Kafa dan ia dipersetujui bersama selepas kedua-dua pihak berbincang.
"Semoga impian dan usaha ini bakal menyemarakkan semangat untuk melihat aksi pemain dan berpesta Sekeluarga.
"Sihat, cantik, Pamoga Qu Puteh di Stadium Sultan Muhammad IV, amin," katanya yang lebih popular dengan gelaran Vida.
Sementara itu difahamkan, Hasmiza memperuntukkan sejumlah RM1 juta dana dengan tujuan mengubahsuai gelanggang keramat TRW termasuk dicat semula dengan warna pilihan jutawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu.
Selain itu, majlis menandatangani kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Melalui penajaan dua tahun syarikat kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.
Note : Wahhh ! Kalau gitu la rupa stadium tu nanti , memang teruja sangat lah .. Cantik baq ang . Tambah , Lyssa ni memang suka warna pink. Kalau dapat pergi nanti , dah sah-sah selfie tak henti setiap sudut! kahkahkah . *gurauuu :P


Kenapa peneroka ini sanggup dikatp tolak RM1 juta?? Apa yang menyebabkan lelaki ini dikata sebagai lelaki bodoh??

KUANTAN: Seorang #peneroka FELDA Bukit Goh di sini, nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.

Salwani Tajuddin, 37, #berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.

"Memang dulu ada yang #hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit. "Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya.

Salwani berkata, pada #awal tahun 2015, dia didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar. Katanya, selepas tawaran itu ditolak, lelaki berkenaan kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta. "Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.

"Namun bagi saya, #mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya. Salwani yang sudah 18 tahun menjadi peneroka, berkata dia tidak mahu ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang tekukur akibat digondol dengan rakus.

Menurutnya, individu #yang sanggup memberi wang RM1 juta itu tidak mudah berputus asa kerana beberapa bulan kemudian dia didatangi lelaki sama memohon supaya tanahnya dijadikan pula kawasan menyimpan lori dan bijih bauksit dengan bayaran RM5,000 sebulan, namun tetap ditolaknya. "Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," katanya. Salwani berkata, ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.

Sementara itu, #bapanya, Tajuddin Harun, 68, yang memiliki warung makan, berkata pengusaha bauksit juga tidak mematuhi janji mereka untuk memberi pampasan pembersihan akibat pencemaran bauksit sebanyak RM1,000 sebulan kepada setiap peniaga makan terbabit dan RM500 kepada setiap pemilik rumah. Katanya, dia hanya menerima pampasan RM1,000 bagi satu bulan sahaja dan tidak lagi menerimanya #selepas itu. Selain itu, dia juga terpaksa melindungi warungnya dengan plastik bagi mengelak pencemaran bauksit yang diangkut dengan lori. "Perniagaan saya juga terjejas kerana tidak ramai lagi pelanggan yang datang akibat pencemaran debu merah," katanya.



Netizen keterluan sangat buat perbandingan ....Sehingga bengang Jutawan Dermawan ini.



PEMILIK #rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa marah dan kecewa selepas digelar ‘Orang Kaya Bodoh’.

Menerusi #sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, pautan imej tersebut membuat pembezaan ‘Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia’ dengan Aliff serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida.

Menurut Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan.

“Kadang-kadang #tak semua benda yang kita lakukan org faham dan itu konsep program tv tak payah nak menghukum kami bodoh bagai lah. Kalau awak bijak sangat tampilkan diri. Tak payah nak buat kenyatan macam ni,” luahnya seperti dipetik menerusi kapsyen di Instagram.


Imej tersebut #dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program ‘Terlajak Puteh Nampak’ dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Rata-rata #pengikut Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.

Sementara itu, #Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.





'Jangan nak mudah mintak taja je.....Saya dulu pun cari sumber perbelanjaan sendiri.' Ayat laser DSV.....


RAJA VIRAL

Jawapan 'Menusuk Kalbu' #Dari Dato Seri Vida Mengenai Permintaan Supaya Taja Belajar
18:39 Kaki Berita

Berikutan menjadi viral #status-status dilaman sosial yang meminta supaya Pengasas Vida Beauty,Dato Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida menaja pelajar untuk sambung belajar, akhirnya jutawan kosmetik terkenal berkenaan tampil memberi jawapan.

Menurut Dato Vida yang #terkenal dengan tagline produknya, "Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh", begitu ramai yang meminta derma dan sumbangan supaya beliau menaja pelajar menyambung pelajaran, namun baginya ada perkara yang lebih bermanfaat.

"Contoh, kalau taja #seorang pelajar sambung belajar, kos yang diperlukan adalah RM50,000 tapi hanya seorang yang mendapat manfaat"

"Jika RM50,000 itu #diberikan kepada rumah anak yatim, betapa bermakna untuk kegunaan anak-anak kecil ini, lebih 500 orang nak makan 5 bulan pun boleh, satu lagi, kejayaan bermula masa saya belajar."

"Masa saya berlajar #dahulu, saya berniaga, berdagang, tambah duit poket, kadang-kadang saya lakukan 3 kerja dalam satu masa, siap kerja kilang lagi," kata Datuk Vida di dalam akaun Instaram miliknya.

Beliau juga #memberitahu bahawa dia juga mencari sumber untuk menampung perbelanjaannya, tetapi semua usaha dan ikhtiarnya itu membuka mindanya lebih kreatif dan lebih banyak merancang.

"Sekarang #berkat usaha itu, saya mampu miliki apa yang diidamkan, maaf jika terasa, sekadar berkongsi," tulis Datuk Vida menamatkan statusnya.




Pemakaian gadis ini menjadi daya tarikan yang kuat.......Ini pun boleh jadi punca gaduh!!!!!


Sebuah video #peniaga penjual suplemen aset wanita tiba tiba menjadi viral di laman media sosial sejak beberapa hari lepas. Ramai yang menyipatkan ia #keterlaluan namun sebagian peminat gadis tersebut turut menyokong dengan apa yang di buatnya.

Usah di dengar apa #kata orang, komen salah seorang pengguna media sosial. Sebagian dari mereka juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menggoda gadis comel tersebut di ruang komen.

    "Hye teman #teman winny mau merekomendasikan suplemen membesarkan payudara dan juga berpungsi untuk mencerahkan kulit yang terbuat dari bahan herbal katanya."


Memang tidak #dapat di nafikan raut wajah yang cantik dan juga pemakaian yang seksi menjadi daya tarikan yang kuat untuk di minati. Namun indentiti gadis ini masih belum diketahui dengan jelas.



Saturday 9 January 2016

Di denda ratusan ringgit akibat kurang ajar.....!!!!


Gara-gara #meletakkan kaki di atas kerusi dalam sebuah keretapi, Trinh Cuong, 22, telah didenda sebanyak RM321. Ketika itu Cuong dalam perjalanan dari Ellesmere Port dan Hooton di Liverpool pada Jun tahun lepas.

“Saya cuma #ingin rasa selesa dan kerana keletihan, saya pun angkat kaki dan letak di atas tempat duduk dalam keretapi. Ketika itu hanya ada lima orang sahaja.

“Tiba-tiba #pegawainya datang dan memberitahu saya supaya jangan letakkan kaki di atas tempat duduk itu. Dia kemudiannya mengambil butiran mengenai diri saya,’’ kata Cuong yang berasal dari Vietnam dan telah menetap di UK selama 10 tahun.

   
Cuong #kemudiannya mendapat notis ke mahkamah dengan tuduhan melanggar undang-undang yang berusia 129 tahun.

Dia #mengaku salah dan diperintah membayar denda.

“Saya tidak tahu bahawa #anda akan didenda kerana berbuat demikian. Saya ingatkan hanya akan diberikan amaran dulu,’’ katanya. - mynewshub


Jika anda selalu membuang makanan, membazir makanan.....tengok gambar ini...Terasa tak hati tu???

Nasib remaja dan bayi di Luar sana yang kelaparan kerana ketiadaan makanan.


Sehingga binatang pun dijadikan makanan untuk meneruskan kehidupan...

Warga tua yang tidak mampu lagi teruskan kehidupan. Mati dalam kelaparan...


Bagaimana kita di sini?? Adakah makanan yang kita buang saban hari itu mampu menampung kehidupan mereka di sana????


AWAS mak bapak di luar sana.... Adakah anak anda terlibat dengan 5eks tanpa anda mengetahuinya??? Anak anda ada ciri2 sedemikian??

 #MELAKA – Ramai ibu bapa tidak percaya bahawa anak-anak mereka pernah melakukan hubungan seks dengan rakan-rakan sendiri, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin.

Katanya #anak-anak muda mungkin berkelakuan baik di rumah kerana kawalan ketat oleh ibu bapa mereka “tetapi perlakuan mereka berbeza ketika di luar”.
Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya ibu bapa terlibat dalam mendidik anak-anak mereka khususnya mengenai peruntukan undang-undang dalam kes rogol.
Minggu lalu, #The Star melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 51 peratus kes rogol yang berlaku dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Seksyen 375 (G) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa hubungan seks dengan seseorang di bawah 16 tahun dianggap rogol (sama ada dengan atau tanpa izinnya).
“Ibu bapa #perlu memperuntukkan masa untuk memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka,” katanya.
Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata ramai pesalah muda tidak menyedari akibatnya.
“Pihak-pihak berkepentingan perlu mengkaji mekanisme untuk mendidik golongan muda mengenai jenayah rogol,” katanya. – mStar Online/The Star

    #Note : Ye ! Lyssa setuju . Dah banyak dah kes macam ni sekarang kan ? Dekat rumah bukan main baik . Kat luar , siapa tahu . Jadi, ibu bapalah yang memainkan peranan penting. Bukan mengongkong, tetapi pantau ! Pantau tindak tanduk anak-anak . Dan kenali , siapa rakan mereka.. Supaya , tak ada lah berlaku kes yang tidak dingini ....


Lalu depan rumah pelacur pun orang boleh ambil gambar dan cakap macam2...Inikan pula setakat gosip bercinta dengan janda!!!



Mengakui mahu #menjadikan tahun 2016 sebagai tahun yang lebih kurang kontroversi daripada tahun sebelum ini, baru-baru ini Zizan Razak dikaitkan pula sedang bercinta dengan seorang pelakon janda beranak dua namun menafikan sekerasnya perkara tersebut.

“Saya kenal belian dan #adik beradiknya tetapi tidak lebih daripada itu. Rasanya gosip ini sangat-sangat mengarut. Saya rasa lebih baik saya berdiam diri daripada bercakap kerana orang tidak akan habis buat cerita”

“Kadang-kadang apabila #kita lalu saja depan rumah pelacur, orang boleh ambil gambar dan cakap macam-macam tetapi saya harus sedar, kita ini berada dalam dunia selebriti dan orang mengenali kia. Kita tidak buat pun, orang tetap cuba menjatuhkan dan mencari salah kita”

“Saya pula mengaku #memang mengenali beliau, tetapi jika henda dikata bercinta, ia memang tidak benar,” jelas Zizan kepada BH Plus.

Tambah Zizan, ketika ini dia #lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mudah melatah dengan kontroversi sebgitu. (rtky/s)



Makan nasi gaul perencah maggi untuk 'survive' hidup sebagai Mahasiswa dinegara ini....Bila baca nota yang ditinggalkan di tabung masjid ini, tak tahulah nak marah ke atau kesian.......

 #KUALA LUMPUR, 9 Jan — “Saya tak terkejut sebab ada yang lebih teruk.
“Ada yang makan Maggi hari-hari. Dia akan makan Maggi kosong sehari satu bungkus tanpa perencah.
“Esoknya perencah yang disimpan itu ditabur untuk dimakan bersama nasi kosong, untuk 'survive' dan dapat jimatkan duit.
“Begitulah situasi teruk yang dihadapi mahasiswa untuk hidup,” kata pengasas bersama Food for Mahasiswa (FFM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi.
Baginya, #cerita mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa ikat perut, didakwa sehingga boleh merosakkan usus, “bukan sesuatu yang asing.”
Malah, menurutnya, ramai lagi penuntut berdepan masalah sama kerana beban kos sara hidup yang semakin meningkat walau menerima biasiswa dan meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Di laman #Facebook kumpulan kebajikan ini, yang menyediakan makanan percuma kepada 300 pelajar, tertera satu nota bertulisan tangan.
Nota berdakwat #biru itu menceritakan seorang pelajar yang mendakwa tidak makan selama tiga hari terpaksa mengambil wang derma masjid sebanyak RM7.85 untuk mencari sesuap nasi.


Begitu #nasib melarat di kampus-kampus tempatan akibat kenaikan kos sara hidup.
Khairul Farhan, 25, berkata ada juga keadaan mahasiswa yang tidak layak mendapat bantuan kerana pendapatan ibu bapa yang tinggi.
Namun pelajar itu menghadapi masalah keluarga menyebabkannya terabai dari segi kewangan.
“Pada saya ia bukan isu PTPTN cukup atau tidak. Ada orang berdepan dengan masalah yang kadang-kadang tak boleh nak dielakkan apabila melibatkan kewangan,” katanya kepada ProjekMMO.
Akhbar Harian Metro semalam melaporkan keluhan pelajar sarjana muda psikologi UKM yang sering mengikat perut kerana kesempitan wang sehingga “ususnya tercedera.”
Mahasiswa dari #Sabah itu mendakwa duitnya hanya tinggal RM150 selepas pinjaman PTPTN berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran.
Wang itu juga digunakan melunaskan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.
Laporan itu juga menyebut seorang pelajar tahun pertama ijazah komunikasi kerap ponteng kelas kerana sering mengalami gastrik selepas #mengikat perut akibat terlalu berjimat, berbelanja hanya RM30 seminggu untuk makan minum dan pembelian buku nota.
Berdepan kemelut itu, Khairul Farhan mencadangkan pinjaman kerajaan kepada mahasiswa disemak kembali.
“Mungkin jumlah pemberian biasiswa dan PTPTN sudah tidak lagi cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin tahun semakin tinggi.
“Saya rasa jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan perlu dinilai semula,” kata graduan sarjana muda undang-undang UKM itu.
Mengulas #tentang harga makanan di kafe kampus yang dilapor semakin mahal, katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana harga barang yang tinggi dan kelangsungan perniagaan.
“Harga kafe sudah sama dengan harga restoran luar. Kami tidak salahkan kafe sebab kita tahu mereka pun buat bisnes,” katanya.

Baru-baru ini, #kaji selidik pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Kajian yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO) itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam IPTA.
Tinjaun dibuat di kalangan pelajar-pelajar Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan UKM.
Kajian juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.


Friday 8 January 2016

HUKUM Tutup cermin muka semasa mayat ada dirumah.............



#Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan menutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. #Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didalam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahualam bissawab

Hukum Menutup Cermin #Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.

Terima kasih.

Ini jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak #menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk #menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.


ERRA FAZIRA Puas hati .....Akhirnya dapat kenakan Umie Aida......Terimalah Akibatnya!!!

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, Datin Seri Umie Aida boleh menghidu lebih awal jika sesuatu kejutan cuba dilakukan oleh rakan sempena sambutan hari lahirnya. Namun, suasana agak berbeza, semalam, apabila pelakon terbabit 'terkena' dengan perancangan rapi disusun oleh teman baiknya yang juga aktres terkemuka, Erra Fazira, dan suami tercinta, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Berlangsung di sebuah kelab golf terkenal di ibu kota, Umie nyata tidak dapat mengesan majlis kejutan untuknya apabila sambutan diadakan lebih awal daripada tarikh sebenar kelahirannya, iaitu 18 Januari.

Selain Erra dan Khairuddin, majlis itu turut dihadiri beberapa lagi teman artis seperti Ziela Jalil, Betty Benafe, Linda Onn dan Dafi. Tidak ketinggalan meraikannya ialah kakak dan adik beliau, Erma Fatima serta Betty Rahmad. "Memang saya langsung tidak syak dengan 'komplot' Erra kali ini. Selalunya, kalau ada majlis kejutan hari lahir yang dirancang kawan, saya memang sudah boleh hidu sejak awal-awal lagi. Begitupun kali ini ia berbeza sedikit.

Saya hanya diberitahu supaya datang ke tempat berkenaan untuk bermain badminton dengan beberapa teman lain. "Cuma awalnya, saya sedikit pelik apabila ternampak motosikal Erra di kawasan parkir. Dalam hati saya tertanya sendiri, apa tujuan beliau berada di situ? Saya cuba menghubunginya, tetapi tidak berjawab.

Saya mula syak ada sesuatu berlaku, tetapi langsung tidak terfikir ia sebenarnya berkaitan dengan kejutan awal hari lahir. Malah, saya sendiri bagai terlupa kita sudah pun menjejaki Januari. "Bagaimanapun saya terus ke kawasan gelanggang badminton. Cuma saya pelik, kenapa kawan yang mahu bermain bersama-sama belum muncul? Suami tiba-tiba mengajak saya naik ke dewan di kelab berkenaan. Saya begitupun bertegas enggan ke mana-mana kerana malas nak bergerak ke sana-sini, ditambah dengan beg badminton yang berat. Namun akhirnya saya ikut juga," cerita Umie.

Sampai saja di pintu dewan, kata Umie, barulah beliau sedar, Erra dan rakan lain sudah pun menunggu di situ untuk meraikan ulang tahun hari lahirnya. "Nampaknya mereka, terutama Erra, berjaya membuat saya terkejut kali ini," katanya yang akan genap 42 tahun pada 18 Januari ini.






Erin Malik akhirnya berhijab setelah peristiwa ini berlaku....


#Erin Malek kini dah mula untuk bertudung

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..


#Selamat melahirkan anak sulung mereka pada Oktober tahun lalu, Erin Malek dalam muatnaik beberapa gambar terbarunya ketika ini sering mengenakan selendang menutupi kepala dan juga berhijab sekaligus menimbulkan persoalan kepada peminatnya.

Walaupun belum #mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut, peminat sudah pun mendoakan agar pelakon ini berterusan memakai hijab dan dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti.

Jika benar, #pastinya ia satu perkara yang positif buat Erin dan juga suami.


Awal Disember #lalu, Erin dan suaminya telah mengadakan majlis akikah buat putera sulung mereka, Mohamed Faliq, dalam satu majlis yang cukup #sederhana dan dihadiri rakan dan saudara terdekat. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia.




Ifa Raziah 'down' dikritik peminat depan anak2 dan suami!!!!!

#Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..


Terdengar luahan #kecewa serta kesedihan dihujung talian tatkala penghibur terkenal, Ifa Raziah dihubungi untuk bertanyakan tentang komen-komen negatif peminat yang diterimanya dilaman Instagram.

    Mula-mula #dulu saya rasa kecewa dan sedih, rasa 'down' sangat dengan apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik tidak bertauliah ini. Tapi saya kuatkan juga semangat, bagi saya perkara ini tidak meninggalkan kudis pun buat saya.

    Ia lagi #mendatangkan semangat dan petanda bahawa sebenarnya Kak Ifa ini diperhatikan secara langsung dan tidak langsung oleh mereka. Pastinya mereka tidak sabar untuk menunggu persembahan saya setiap minggu," luah penyanyi yang sudah lebih 18 tahun berada di dunia hiburan ini.

    Yang komen tu pun bukannya sempurna sangat, akak kecewa kerana kita telah diajar untuk tidak menegur dengan cara yang sebegitu. Yelah bukan saya sahaja yang terjejas dengan isu ini, saya ada suami dan anak-anak. Saya nampak mereka turut terjejas dengan apa yang diperkatakan macam saya ini bukan seorang manusia.

    Ada yang #siap tulis, baik orang yang bernama Ifa Raziah tiada dalam dunia ni tiada siapa kisah. Siapa mereka untuk berkata begitu, mereka bukan malaikat mahupun tuhan untuk menghukum saya sampai begitu sekali.



Ifa Raziah #antara 12 orang penyanyi berpengalaman yang dipilih untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar Vaganza yang mula ditayangkan pada 16 November yang lalu.

Membariskan bintang seperti Mamat (Exist), Hasnol Rahmat, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai Illusi, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina, #Adilla dan Ifa Raziah sendiri.



    Ini sebenarnya peluang kedua buat saya dan rakan seperjuangan yang lain, semua orang tahu zaman kegemilangan kami dah berakhir tapi bila diberikan #peluang yang macam ini siapa yang tak mahu ambil kan? Lagipun saya nak cari rezeki yang halal, bukan untuk siapa pun untuk anak dan keluarga juga.

    Tiada niat #pun kata nak masuk pertandingan ni sebab nak jual diri atau apa cuma mahu buktikan pada semua bahawa Ifa Raziah ni artis versatil, bukan tahu menyanyi dangdut sahaja," cerita hos rancangan kekeluargaan, Terima Kasih Ibu terbitan Astro ini.

    Sekarang ni #kak ifa hanya akan fokus pada karier dan keluarga, biarlah apa mereka nak cakap. Fokus utama saya sekarang untuk menghiburkan peminat-peminat saya di Gegar Vaganza, berikan sepenuh komitmen dan tenaga dan pastikan ianya adalah yang terbaik.

    Selain itu, #saya juga akan mengacarakan rancangan di TV3 secara langsung. Jika ada yang nak menegur, saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka. Cuma perlulah kena dengan caranya, jangan menulis yang bukan-bukan kerana saya ada keluarga, terangnya lagi mengakhiri perbualan.



Kalau macam ni punya Cikgu TUTOR...... Bapa pun sanggup nak ulang SPM!!!


Kuala Lumpur: #Biarpun baru berusia 18 tahun, Qistina Enara Haris, 18, sudah mula mencari duit poketnya sendiri dengan menawarkan khidmat tutor.

Tawaran dari penuntut #Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya dalam jurusan Bahasa Inggeris itu mula menjadi viral di media sosial sehingga ada yang beranggapan bukan-bukan mengenai tawarannya.

Qistana berkata apa yang dilakukannya adalah untuk menjana wang tambahan bagi pembiayaan dan yuran kolej.



“Saya suka #berdikari dan tidak mahu susahkan orang tua lebih-lebih lagi meminta daripada ibu. Dia juga perlu duit untuk menampung kami adik-beradik yang masih belajar memandangkan dia ibu tunggal.

“Lagipun, #saya mula berdikari sejak usia 16 tahun dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian, kasut dan beg untuk remaja perempuan,” katanya sebagaimana lapor myMetro.

Selain dari #menawarkan harga khidmat tutor yang murah, Qistina berkata dia berniat untuk membantu golongan ibu bapa kurang mampu yang mahu meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak dengan memberi diskaun kepada mereka.

“Saya mahu #bantu orang susah yang perlukan bantuan mengubah cara pembelajaran dan meningkatkan mutu pendidikan.

“Setakat ini, saya sudah ada 50 pelajar yang mahu mendaftar dan mendapatkan khidmat saya. Bagaimanapun, saya terpaksa memilih dengan memberi keutamaan kepada mereka yang mahu belajar, selain perlu bahagikan masa untuk kuliah,” katanya.

Pelajar lepasan SPM dari SMK Cyberjaya itu mendapat keputusan 7A dalam SPM 2014.





Bagaimanapun, #niatnya untuk membuat khidmat tutor bagi menambah pendapatan disalah ertikan kerana dia mempunyai wajah yang cantik.

“Ini anugerah dan tidak mahu guna wajah cantik untuk menarik perhatian ramai. Nak dapat ilmu, kita perlu serius.

“Ibu saya juga #beri semangat dan percayakan dengan apa yang saya buat,” katanya yang turut aktif dalam aktiviti amal.

Qistina yang juga seorang pelakon dan model berkata dia tidak mahu mengendahkan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutori yang disediakan olehnya.

“Hanya pelajar #serius saja boleh mendaftar dan apa saya buat bukan main-main. Hormatilah keikhlasan saya menjadi tutor peribadi,”

Qistina yang juga pelakon dan model memberitahu, dia tidak mahu mempedulikan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutor itu.

Menurut Qistina, #dia turut menawarkan perkhidmatan itu di Cyberjaya, Dengkil, Putra Perdana dan Seri Kembangan. Qistina dibantu abangnya yang juga seorang mahasiswa universiti swasta di sini.



JUARA!!!! Si Cilik Drummer bukti kehebatan bakat di ASTRO..... Selama ini Youtube je jadi platform.

KUALA LUMPUR 8 Jan. – #Pemain dram cilik, Nur Amirah Syahira Azizul Abidin, 12, atau Amirah diangkat sebagai juara pertandingan akhir Ceria All Stars yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam ini. Amirah mengalahkan empat finalis lain dalam pentas akhir #program tersebut dan berjaya membawa pulang RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Ketika ditemui, Amirah #tidak menolak kemenangan ini sedikit sebanyak membakar semangatnya untuk terus menjadi seorang pemain dram profesional suatu hari nanti.

“Alhamdulillah, saya #harap kemenangan ini membuka jalan untuk saya pergi lebih jauh.

“Tentunya melalui kemenangan ini, saya mahu lebih dikenali,” katanya.

Sementara itu, naib juara dan tempat ketiga dimenangi Mohamad Iqmal Fikry, 15, dan kumpulan tarian BTB (Born To Beat), yang masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Dua lagi peserta yang turut beraksi pada pentas akhir malam tadi ialah kumpulan tarian LC dan Myra Lilly.

Pada pentas akhir i#tu turut menyaksikan Nabil Ahmad dan Nora Danish bergandingan sebagai juri tetap pertandingan serta Jihan Muse selaku pengacara.

Yang turut dijemput menjadi juri jemputan ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Dalam pertandingan akhir ini, #juri menentukan 50 peratus markah dan 50 peratus lagi berdasarkan undian penonton di rumah.


Perjalanan balik ke kampung bertukar tragedi apabila.........

Kuala Selangor: #Dua penumpang maut, lapan parah, 22 cedera manakala 16 terselamat selepas bas membawa warga asing terbabas dan terbalik di Batu 26, Kampung Assam Jawa, dekat sini, kira-kira 5 pagi ini.

Bas yang dalam #perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Jeti Bagan Datoh, Perak, membawa 48 penumpang - 32 lelaki dan 16 wanita, termasuk pemandu.

Difahamkan, semua #penumpang adalah warga Indonesia dan mereka dikatakan menyewa bas itu untuk ke jeti terbabit kerana hendak pulang ke kampung halaman mereka.

Penolong Pengarah #Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.05 pagi.

Katanya, seorang #pegawai dan 18 anggota bomba kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian.
Beliau berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tanjung Karang dan Hospital Sungai Buloh.

"Dua mangsa yang #maut adalah masing-masing lelaki dan perempuan. Kedua-duanya tersepit bawah bas.
"Bomba mengambil kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Menurutnya, 11 #ambulans terbabit dalam operasi itu untuk menghantar mangsa yang tercedera ke hospital manakala operasi tamat pada 7.10 pagi.



Isu Mempertahankan Diri dari Ancaman..........Makin dibincangkan makin terserlah kebodohan semua pihak. Cadangan daripada peguam ini lagi B0&0H......


KUALA LUMPUR - Kecoh di #laman Facebook mengatakan bahawa individu yang rumahnya dimasuki pencuri/perompak tidak boleh dibunuh meskipun penjenayah itu mempunyai pisau kecil.

Status yang dimuat naik #oleh Faisal Hamdi itu, memetik dari kenyataan temubual bersama peguam, Datuk Haaziq Pillay bersama Ally Iskandar dalam topik 'Mempertahankan Diri Dari Ancaman' di Malaysia Hari Ini.

"Had mempertahankan diri, #jika perompak guna pisau kecil, tuan rumah tak boleh lawan guna pisau besar. Jika perompak datang tak berniat untuk membunuh, maka tuan rumah tak boleh lawan hingga mati. Err.. dalam situasi genting, sempat pula nak pilih-pilih jenis pisau dan meneka niat perompak," katan Faisal di Facebooknya jam 8.05 pagi semalam.


Justeru, perkongsian itu #menerima reaksi negatif dari netizen yang menganggap institusi kehakiman terlalu mengutamakan perkara teknikal.

"Teknikal sangat mereka ni, #nak ikut manual sangat. Dalam situasi yang panik, macam-macam boleh terjadi," kata Kamal Rabah.

"Nanti perompak datang, #kena interview dulu dan tanya mereka datang untuk apa, nak apa, bawa pisau kecil atau pisau besar ke, saiz pisau berapa, ada niat nak membunuh tuan rumah ke tidak," sindir Noor Asyikin.

Netizen juga mengecam #Datuk Haaziq Pillay meskipun penjelasan terperinci telah diberikan dalam program itu.

Menurut Datuk Haaziq, #Undang-undang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan harta mereka daripada ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi ada beberapa sekatan-sekatan yang perlu diambil kira.

"Contohnya, kalau #undang-undang menyatakan sekiranya kita nak menggunakan hak ini sebagai satu pembelaan, seseorang memasuki rumah saya dengan tujuan merompak (ada peruntukan di bawah Kanun Keseksaan), sekiranya orang yang datang itu hanya membawa satu pisau yang kecil tetapi saya mempunyai pistol, ia tidak memadai.

"Dalam undang-undang #menyatakan, saya mesti dalam ketakutan dan ada ancaman bahaya terhadap saya dan keluarga. Di mana dalam keadaan itu, saya boleh mengambil tindakan untuk memastikan pencuri atau perompak tersebut dibunuh tetapi untuk mempertahankan nyawa saya dan anak isteri saya.

"Kalau dia hanya masuk, #saya pula ada pistol boleh melepaskan tembakan untuk memberikan amaran. Sekiranya dia masuk untuk membunuh, saya boleh tembak. Tetapi saya tak boleh buka pintu saja dan terus menembak. Tidak, undang-undang tidak membenarkan," katanya.

Tonton penjelasan penuh beliau di Tonton.com.my, Malaysia Hari Ini episod 4.

Menurut beliau, netizen #tidak sepatutnya memberikan komen yang tidak berasas mengenai kes-kes seperti ini di laman Facebook. Ini kerana mereka tidak tahu apa bukti yang ada pada pihak penyiasat dan pihak pendakwaan. - SUMBER THEHYPEMEDIA.COM


Setiap bulan Jambatan ini seolah2 tagih seorang mangsa bunuh diri ...Misteri ini mungkin berpunca semasa awal2 pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia ini.

 GEORGE TOWN: Jambatan Pulau Pinang mencatatkan purata sekurang-kurangnya seorang dalam sebulan yang ingin melakukan  tindakan bunuh diri pada tahun lepas.


Lapan orang telah terjun dari jambatan itu pada tahun lepas manakala terdapat empat percubaan dilaporkan telah digagalkan, oleh sama ada anggota bomba atau orang awam yang lalu-lalang.
Mereka yang bercadang untuk membunuh diri mempunyai kecenderungan memilih kawasan yang sunyi tanpa orang ramai dan jambatan itu memenuhi kriteria walaupun ramai yang menggunakan laluan itu setiap hari, kata Naib Pengerusi dan Pengarah Publisiti Befrienders Pulau Pinang, Saras Pillay.
Tambahnya, disebabkan terjun pada ketinggian itu yang memberikan peluang yang rendah untuk selamat, beberapa mangsa juga mungkin melihat jambatan itu sebagai tempat di mana mereka boleh mengubah fikiran mereka pada saat akhir.

"Tetapan ini membolehkan mereka untuk melihat sendiri betapa luasnya lautan itu dan memberi mereka satu peluang terakhir untuk berfikir tentang kehidupan mereka.


"Beberapa laporan menunjukkan bahawa mereka yang telah diselamatkan selepas didapati duduk di atas benteng jambatan telah memberitahu pihak berkuasa mereka hanya mahu melihat pemandangan indah lautan."
Ketua psikiatri Hospital Pulau Pinang Dr Nor Hayati Arif berkata kajian menunjukkan bahawa terjun dari tempat tinggi adalah kaedah bunuh diri yang ketiga paling umum di Malaysia.

"Mangsa yang melompat dari jambatan itu berazam untuk mati," kata beliau.


Katanya, orang ramai yang melihat seseorang sedang bertenggek di tepi jambatan, boleh mempertimbangkan untuk bercakap dengannya bagi mewujudkan hubungan sesama manusia.

"Jika anda rasa tidak yakin, panggil pihak berkuasa serta-merta.

"Sesiapa yang #rasa mereka tidak dapat menangani masalah mereka, mereka perlu menghubungi Befrienders atau singgah di mana-mana klinik kerajaan. Klinik-klinik itu akan merujuk semua kes kepada saya dan saya sentiasa mengatur temujanji dengan mereka secepat mungkin," kata Dr Nor Hayati.

Pengarah Bomba dan #Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata jabatannya telah merekodkan seramai lapan orang telah terjun dari jambatan itu tahun lepas manakala empat percubaan dilaporkan telah digagalkan sama ada oleh anggota bomba atau orang awam yang lalu di situ.

"Pada tahun 2014, #terdapat lima kes di jambatan itu. Kami sedar bilangannya telah meningkat dan saya telah memberikan tumpuan latihan dari segi psikologi terhadap anggota kita untuk menangani mangsa yang mahu membunuh diri," katanya.

Tambahnya, tiga orang telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang tahun lalu dan dua orang pada 2014.

Dilaporkan bahawa #seorang pelajar kolej berusia 26 tahun telah terjun dari jambatan itu pada 5 Mac 2014, hanya tiga hari selepas pembukaan rasminya. Dia telah diselamatkan oleh nelayan.

Azmi berkata memujuk #seseorang yang mahu membunuh diri adalah satu proses yang kompleks dan memerlukan kaedah yang berbeza bergantung kepada mangsa.

"Anggota kita akan #menghabiskan berjam-jam untuk bercakap dengan seseorang yang berdiri di tepi jambatan. Kita bercakap tentang anak-anak mereka dan orang kesayangan mereka.

"Matlamat kami #supaya mereka dapat berfikir tentang apa yang mereka boleh lakukan pada hari berikutnya.

"Tidak kira betapa sukarnya keadaan, kita masih boleh mendapatkan jalan keluar yang lebih baik jika kita memberi tumpuan kepada satu hari pada satu masa," katanya.

Masa yang #dihabiskan pada memujuk  juga memberikan masa untuk bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk masuk ke bawah jambatan untuk cuba menyelamatkan mangsa jika mereka terjun.

Sesiapa yang #menghadapi masalah boleh menghubungi Befrienders di talian 04-281 5161/281 1108 di Pulau Pinang, 05-547 7933/547 7955 di Ipoh dan 03-7956 8144/7956 8145 di Lembah Klang.

    Hadis riwayat #Abu Hurairah ra., ia berkata:Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang bunuh diri dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung terus selamanya. Barang siapa yang minum racun #sampai mati, maka ia akan meminumnya pelan-pelan di neraka Jahanam selama-lamanya. Barang siapa yang menjatuhkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka ia akan jatuh di neraka Jahanam selama-lamanya. (Shahih Muslim No.158)


Raja Rimba melutut merayu minta dilepaskan.Orang ramai yang menyaksikan tidak sampai hati..........


AFRIKA SELATAN - #AFRIKA. Sepasang pelancong terkejut apabila terserempak dengan seekor singa muda yang merayau di tepi jalan di Taman Negara Kruger, di sini, baru-baru ini.

Memetik laporan #Metro.co.uk, singa muda itu mengalami kecederaan serius akibat rantai besi yang melilit lehernya.

Bagaimanapun 3sangkaan bahawa mereka akan diserang oleh haiwan itu meleset apabila singa itu tidak melakukan serangan, sebaliknya memberi isyarat supaya rantai besi itu dilepaskan daripada lehernya.

Pasangan pelancong, #Meliska Vijoen and Meike Pettit memaklumkan keadaan haiwan itu kepada pegawai taman berkenaan.

“Jelas menunjukkan #haiwan itu ‘merayu’ minta dibantu,” Vijoen berkata demikian ketika memuatnaik gambar haiwan terbabit di media sosial.

Renjer hutan dalam #pada itu dilaporkan telah menutup jalan utama taman negara terbabit demi memberi laluan kepada pasukan perubatan untuk mencari dan menyelamatkan singa itu.

Tidak lama kemudian, #haiwan tersebut ditemui dan dibantu oleh pasukan perubatan taman negara terbabit.

Singa itu terpaksa #menghabiskan masanya dibawah pemantauan unit perubatan taman negara sebelum dilepaskan kembali ke habitatnya.



LAGI cerita polis yang menyamar.....Banyak sangat yang berlakon jadi polis ni...Betul ke ada Polis yang sebenar???

Gara-gara #bimbang dengan perangai bapanya yang kerap berkunjung ke rumah pelacuran, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai seorang anggota polis untuk menyekat perbuatan tidak bermoral itu.

Lelaki berkenaan #yang dikenali sebagai Guo, 21 dan berasal dari Jiangsu memperolehi uniform pasukan SWAT yang dibelinya daripada Internet.

Bukan itu sahaja, #Guo yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut membeli gari mainan, baton elektrik palsu dan pistol plastik.

Niatnya untuk menakutkan #bapanya dari mengunjungi rumah pelacuran dan dalam masa sama membuatkan pelacur takut menawarkan khidmat seks bagaimanapun bertukar sebaliknya apabila Guo ditangkap polis selepas seorang lelaki memuat laporan polis tentang tindakannya.


Jika anda tengah stress......klik sini untuk kembalikan semangat anda!!!! {GAMBAR2 MOTIVASI}

Terapi mata dan minda selepas penat bekerja seharian.......

"Awak rindu saya ea....."
"Eh...kita terlepas cakap pulak...malu ah..."
"Jangan isau...kite lanjer 1 selpie kite ye..."


Kepada peniaga VAPE yang telah diharamkan....jangan risau...Kerajaan ganti dengan Bauksit. Cover balik kerugian tu dengan Bauksit ye....


KUALA LUMPUR, 7 Jan — Mufti Perlis #mengkritik agamawan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang lantang menentang rokok elektronik, atau vape, tetapi berdiam diri dalam isu pencemaran bauksit.

“Alangkah baiknya jika isu #bauksit ini diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape itu. Bahaya isu bauksit ini lebih dari vape.

“Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?” kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

“Apakah pandangan agama #hanya untuk rakyat bawahan sahaja tetapi ‘sunyi’ segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?

“Saya bimbang generasi Muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan Muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita yang sebegini.”


Kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan dilaporkan mendatangkan pencemaran serius, termasuk sungai dan laut bertukar merah, sehingga kabinet mengarahkan ia dihentikan selama tiga bulan.

Menulis di Facebook, mufti muda yang lantang itu juga berkata beliau sedih melihat kegiatan perlombongan galian tersebut yang telah mengancam #manusia, tumbuhan dan haiwan.

“Apabila isu vape timbul, Jakim telah menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing.

“Di media massa, tokoh-tokoh agama juga berbual ‘sakan’ tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz-ustaz bersemangat #menentang vape. Tidak mengapa, masya Allah.”

Susulan laporan kejadian enam lori bauksit dibakar penduduk bulan lepas, Mohd Asri pernah meluahkan kebimbangannya apabila orang ramai tidak yakin pada sistem keadilan dan bertindak sendiri.

“Jika hal ini berterusan, lalu merebak, maka satu negara tidak terkawal lagi. Rakyat bawahan akan berkeyakinan bahawa hanya mengambil #undang-undang di tangan sendiri sahaja yang dapat membela diri daripada dizalimi,” katanya di Facebook, Disember lalu.

Beliau dilaporkan bersimpati terhadap nasib penduduk Kuantan yang menerima akibat buruk perlombongan bauksit ketika pelombong-pelombongnya #meraih keuntungan.

“Setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak yang lain.

“Mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman. Orang lain membuat untung, rakyat bawahan mendapat derita.”