Tuesday 5 January 2016

Filled Under:

GEMPAR dan PELIK...... Adakah ini petanda bencana alam besar akan melanda KUANTAN?? Jangan pandang remeh peringatan alam ini... [Gambar]

PENDUDUK KAMPUNG DI GEMPAR RATUSAN IKAN MATI!-KUANTAN – Penduduk Kampung Seberang Balok Makmur hari ini, gempar dengan penemuan ratusan ikan belanak yang mati di #Sungai Balok Makmur dan Sungai Tonggak di sini.

#Pengusaha kedai makan di kampung itu Khairul Azmi Yahya, 30, berkata beliau menyedari ratusan ikan itu dihanyutkan arus sungai dan terdampar di tebing sungai pada jam 7 pagi semasa hendak memulakan perniagaan.

“Saya pelik #kerana banyak objek putih terapung di sungai dan apabila dihampiri, ia sebenarnya ikan belanak.

“Saya hairan kenapa #ikan belanak sahaja yang mati sedangkan spesies ikan ini diketahui mempunyai daya ketahanan yang tinggi,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di sini, hari ini.

Khairul Azmi #menambah ramai penduduk kampung yang ingin ke tempat kerja berhenti untuk melihat dan mengambil gambar fenomena itu.

Beliau berkata jumlah #ikan itu bagaimanapun sudah berkurangan pada waktu tengah hari kerana telah dibawa arus ke hilir sungai.

“Saya harap punca #kematian ikan dapat dimaklumkan kepada penduduk kerana ada kawasan perindustrian di sekitar sungai ini. Bimbang jika disebabkan bahan kimia yang mungkin boleh membahayakan kesihatan penduduk atau kanak-kanak yang bermain air di sini,” katanya.

Sementara itu, #seorang lagi peniaga makanan di situ Rafizah Abdul Rahman, 25, berharap semua ikan itu dibawa arus semasa air pasang malam ini, kerana tidak mahu bau busuk mengganggu keselesaan pelanggan dan penduduk kampung.
Close

Sementara itu, #Pengarah Perikanan Pahang Adnan Hussain semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan kematian ikan itu dan telah mengambil sampel ikan berkenaan untuk dianalisis bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kami telah mengambil sampel air dan menguji beberapa parameter seperti kadar oksigen terlarut, tahap kekeruhan air dan nilai pH air di kawasan terbabit,” katanya.

Adnan #menambah kejadian itu bukan berlaku dalam jumlah yang besar kerana hanya melibatkan satu spesies ikan sahaja dan berlaku di satu tempat sahaja.




0 comments:

Post a Comment