Sunday 10 January 2016

JIJIKNYA.....Wanita ini tak sedar dia tercirit semasa sibuk berdisko sehingga semua berlari keluar sebab tak tahan bau busuk...Apa punca dia sampai tak sedar ni?



Ketika #sedang berada di meja bar, tiba-tiba beliau datang kepada saya yang sebelum itu beliau menari bersama rakan lain. Tiba-tiba, hinggalah hampir ke semua pengunjung kelab tersebut keluar kerana tidak tahan dengan baunya.

Menurut seorang individu, bekas teman lelaki wanita itu telah meletakkan sejenis ubat dalam minuman mangsa. Mangsa yang tidak menyedari perbuatan bekas #teman lelakinya itu, terus minum minuman berkenaan menyebabkan mangsa tercirit tanpa sedar.


Mangsa pada mulanya hanya #terasa basah di bahagian punggungnya. Bagaimanapun dia terkejut apabila mengetahui dirinya tercirit tanpa sedar. Difahamkan, bekas teman lelakinya berbuat demikian kerana berang dengan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga di belakangnya.



ALAMAK.....tak boleh ke masjid kalau tak pakai topi keledar??

ALOR SETAR: #Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof, berkata ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid. #"Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat 'Long Short Walk 2016' peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata #statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Januari hingga September 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015. "Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat," katanya.

Abd Ghafar #menasihati orang ramai agar lebih menggunakan kereta atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau lokasi lain kerana ia lebih selamat. Beliau turut menasihati pejalan kaki agar menggunakan jejantas dan 'zebra crossing' sekiranya mahu melintas jalan. - BERNAMA


Bukan susah nak membuatnya...tapi kenapa makanan ini menjadi viral yang hangat akhir2 ini??

 Kewujudan #aiskrim roti ni dah lama cuma tak di viral kan je. Walaupun dah lama wujud, takdelah lama sangat kot tapi tak merasa lagi gabungan aiskrim dan roti ni. Sedap ke tidak? Tak pernah jumpa kedai aiskrim roti. So tak dapatlah merasa. Tapi nampak macam sedap.



Pulak tu #dapat flavour aiskrim yang kita suka kan. Fiza suka flavour mint, sejuk je tekak.

Aiskrim #roti ni takyah nak acah acah kempunan sebab boleh buat sendiri je. Beli roti kosong dan letak aiskrim je. Pun boleh! Jenuh pulak nak cari kedai. Nak lagi sedap tambah kekacang. Siap!





Apakah satu perkara milik anda yang tidak boleh dikawal oleh orang lain??

Jerry adalah seorang manager restoran di Amerika. Dia selalu dalam semangat yang baik dan selalu punya hal positif untuk dikatakan. Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang sedang dia kerjakan, dia akan selalu menjawab, ” Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar!” Banyak pelayan di restorannya keluar jika Jerry pindah kerja, sehingga mereka dapat tetap mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain.

Alasan mengapa para pelayan restoran tersebut keluar mengikuti Jerry adalah karena sikapnya. Jerry adalah seorang motivator alami. jika karyawannya sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sana , memberitahu karyawan tersebut bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai. Melihat gaya tersebut benar-benar membuat aku penasaran, jadi suatu hari aku temui Jerry dan bertanya padanya, “Aku tidak mengerti! Tidak mungkin seseorang menjadi orang yang berpikiran positif sepanjang waktu. #Bagaimana kamu dapat melakukannya? ” Jerry menjawab, “Tiap pagi aku bangun dan berkata pada diriku, aku punya dua pilihan hari ini. Aku dapat memilih untuk ada di dalam suasana yang baik atau memilih dalam suasana yang jelek. Aku selalu memilih dalam suasana yang baik.

Tiap kali sesuatu terjadi, aku dapat memilih untuk menjadi korban atau aku belajar dari kejadian itu. Aku selalu memilih belajar dari hal itu. Setiap ada sesorang menyampaikan keluhan, aku dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau aku dapat mengambil sisi positifnya.. Aku selalu #memilih sisi positifnya.” “Tetapi tidak selalu semudah itu,” protesku. “Ya, memang begitu,” kata Jerry, “Hidup adalah sebuah pilihan. Saat kamu membuang seluruh masalah, setiap keadaan adalah sebuah pilihan. Kamu memilih bagaimana bereaksi terhadap semua keadaan. Kamu memilih bagaimana orang-orang disekelilingmu terpengaruh oleh keadaanmu. Kamu memilih untuk ada dalam keadaan yang baik atau buruk. Itu adalah pilihanmu, bagaimana kamu hidup.”

Beberapa tahun kemudian, aku dengar Jerry mengalami musibah yang tak pernah terpikirkan terjadi dalam bisnis restoran: membiarkan pintu belakang tidak terkunci pada suatu pagi dan dirampok oleh tiga orang bersenjata. Saat mencoba membuka brankas, tangannya gemetaran karena gugup dan salah memutar nomor kombinasi. Para perampok panik dan menembaknya. Untungnya, Jerry cepat ditemukan dan segera dibawa ke rumah sakit.

Setelah menjalani operasi selama 18 jam dan seminggu perawatan intensif, Jerry dapat meninggalkan rumah sakit dengan beberapa bagian peluru masih #berada di dalam tubuhnya. Aku melihat Jerry enam bulan setelah musibah tersebut. Saat aku tanya Jerry bagaimana keadaannya, dia menjawab, “Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka menjadi orang kembar. Mau melihat bekas luka-lukaku? ” Aku menunduk untuk melihat luka-lukanya, tetapi aku masih juga bertanya apa yang dia pikirkan saat terjadinya perampokan. “Hal pertama yang terlintas dalam pikiranku adalah bahwa aku harus mengunci pintu belakang,” jawab Jerry.

“Kemudian setelah mereka menembak dan aku tergeletak di lantai, aku ingat bahwa aku punya dua pilihan: aku dapat memilih untuk hidup atau mati. Aku memilih untuk hidup.” “Apakah kamu tidak takut?” tanyaku. Jerry melanjutkan, ” Para ahli medisnya hebat. Mereka terus #berkata bahwa aku akan sembuh.

Tapi saat mereka mendorongku ke ruang gawat darurat dan melihat ekspresi wajah para dokter dan suster aku jadi takut. Mata mereka berkata ‘Orang ini akan mati’. Aku tahu aku harus mengambil tindakan.” “Apa yang kamu lakukan?” tanya saya. “Disana ada suster gemuk yang bertanya padaku,” kata Jerry. “Dia bertanya apakah aku punya alergi. ‘Ya’ jawabku..

Para dokter dan suster berhenti bekerja dan mereka menunggu jawabanku. Aku menarik nafas dalam-dalam dan berteriak, ‘Peluru!’ Ditengah tertawa mereka aku katakan, ‘ Aku memilih untuk hidup. Tolong aku dioperasi sebagai orang hidup, bukan orang mati’.” Jerry dapat #hidup karena keahlian para dokter, tetapi juga karena sikap hidupnya yang mengagumkan.

Aku belajar dari dia bahwa tiap hari kamu dapat memilih apakah kamu akan menikmati hidupmu atau membencinya. Satu hal yang benar-benar milikmu yang tidak bisa dikontrol oleh orang lain adalah sikap hidupmu, sehingga jika kamu bisa mengendalikannya dan segala hal dalam #hidup akan jadi lebih mudah.


Cantik baq ang!!!!1 Sah2 selfie tak henti setiap sudut.... Apa yang begitu dibualkan oleh wanita ini??

Selepas merealisasikan hasratnya untuk menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman dilihat semakin teruja dengan misinya membawa perubahan besar kepada skuad The Red warriors (TRW).
Terbaru, Hasmiza berkongsi gambaran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang bakal dicat dengan warna merah jambu seperti diidamkannya.

"Doakan semoga saya dapat realisasikan signature of Kelantan, Pamoga Qu Puteh - The Red Warriors," tulis beliau pada kapsyen gambar tersebut, malam tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya bersetuju dengan tajaan dan syarat diletakkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu untuk menjadi penaja Kelantan.
Hasmiza sebelum ini meletakkan dua syarat kepada Kafa iaitu menukar warna stadium dengan merah jambu dan nama pasukan didahului dengan perkataan "Pamoga Qu Puteh".
Bagaimanapun, selain dua syarat tersebut Hasmiza turut mengemukakan 33 lagi syarat tambahan kepada Kafa dan ia dipersetujui bersama selepas kedua-dua pihak berbincang.
"Semoga impian dan usaha ini bakal menyemarakkan semangat untuk melihat aksi pemain dan berpesta Sekeluarga.
"Sihat, cantik, Pamoga Qu Puteh di Stadium Sultan Muhammad IV, amin," katanya yang lebih popular dengan gelaran Vida.
Sementara itu difahamkan, Hasmiza memperuntukkan sejumlah RM1 juta dana dengan tujuan mengubahsuai gelanggang keramat TRW termasuk dicat semula dengan warna pilihan jutawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu.
Selain itu, majlis menandatangani kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Melalui penajaan dua tahun syarikat kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.
Note : Wahhh ! Kalau gitu la rupa stadium tu nanti , memang teruja sangat lah .. Cantik baq ang . Tambah , Lyssa ni memang suka warna pink. Kalau dapat pergi nanti , dah sah-sah selfie tak henti setiap sudut! kahkahkah . *gurauuu :P


Kenapa peneroka ini sanggup dikatp tolak RM1 juta?? Apa yang menyebabkan lelaki ini dikata sebagai lelaki bodoh??

KUANTAN: Seorang #peneroka FELDA Bukit Goh di sini, nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.

Salwani Tajuddin, 37, #berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.

"Memang dulu ada yang #hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit. "Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya.

Salwani berkata, pada #awal tahun 2015, dia didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar. Katanya, selepas tawaran itu ditolak, lelaki berkenaan kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta. "Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.

"Namun bagi saya, #mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya. Salwani yang sudah 18 tahun menjadi peneroka, berkata dia tidak mahu ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang tekukur akibat digondol dengan rakus.

Menurutnya, individu #yang sanggup memberi wang RM1 juta itu tidak mudah berputus asa kerana beberapa bulan kemudian dia didatangi lelaki sama memohon supaya tanahnya dijadikan pula kawasan menyimpan lori dan bijih bauksit dengan bayaran RM5,000 sebulan, namun tetap ditolaknya. "Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," katanya. Salwani berkata, ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.

Sementara itu, #bapanya, Tajuddin Harun, 68, yang memiliki warung makan, berkata pengusaha bauksit juga tidak mematuhi janji mereka untuk memberi pampasan pembersihan akibat pencemaran bauksit sebanyak RM1,000 sebulan kepada setiap peniaga makan terbabit dan RM500 kepada setiap pemilik rumah. Katanya, dia hanya menerima pampasan RM1,000 bagi satu bulan sahaja dan tidak lagi menerimanya #selepas itu. Selain itu, dia juga terpaksa melindungi warungnya dengan plastik bagi mengelak pencemaran bauksit yang diangkut dengan lori. "Perniagaan saya juga terjejas kerana tidak ramai lagi pelanggan yang datang akibat pencemaran debu merah," katanya.



Netizen keterluan sangat buat perbandingan ....Sehingga bengang Jutawan Dermawan ini.



PEMILIK #rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa marah dan kecewa selepas digelar ‘Orang Kaya Bodoh’.

Menerusi #sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, pautan imej tersebut membuat pembezaan ‘Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia’ dengan Aliff serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida.

Menurut Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan.

“Kadang-kadang #tak semua benda yang kita lakukan org faham dan itu konsep program tv tak payah nak menghukum kami bodoh bagai lah. Kalau awak bijak sangat tampilkan diri. Tak payah nak buat kenyatan macam ni,” luahnya seperti dipetik menerusi kapsyen di Instagram.


Imej tersebut #dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program ‘Terlajak Puteh Nampak’ dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Rata-rata #pengikut Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.

Sementara itu, #Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.