Wednesday 6 January 2016

Filled Under:

IBU 'lock' anak sendiri dalam kereta...............Mujur bayi 17 bulan cepat diselamatkan!!! Apa nak jadi ni..........

Kepala Batas: #Bayi lelaki berusia 17 bulan terperangkap di dalam kereta lebih sejam sebelum diselamatkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 7.40 #pagi itu, mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya berusia 35 tahun yang turun menghantar kakak kepada bayi itu di pusat asuhan kanak-kanak di Bertam Indah.

Sumber JPAM berkat, #kereta berkenaan dimatikan sebelum ibu mangsa memberi anaknya bermain kunci kereta berkenaan.

"Secara tidak sengaja, bayi berkenaan tertekan butang kunci menyebabkan ia terkunci dari dalam.

"Ibunya gagal #membuka kunci kereta dari luar sebelum menghubungi pihak JPAM," katanya.

Menurutnya, #pihak JPAM berjaya membuka pintu kereta itu pada 8.30 pagi dan bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil.





0 comments:

Post a Comment