Wednesday 6 January 2016

Filled Under:

Dibunuh dan ditikam 17 kali sebab asyik layari FB hingga abaikan suami...


KAHERAH - MESIR. #Seorang suami sanggup menikam isterinya sebanyak 17 kali kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap wanita itu yang sering melayari Facebook sehingga mengabaikannya, lapor Emirates 24/7.‎

Lelaki berkenaan ditahan #selepas menerima laporan dari abang mangsa yang mendakwa adik perempuannya ditikam beberapa kali di kediaman mereka yang terletak di timur Mesir.

"Suami wanita itu #bertindak membunuh mangsa kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang lebih suka melayari laman Facebook berbanding melayaninya dan tidak menghiraukannya," sumber polis berkata yang dipetik akhbar tempatan.

Sementara itu, #memetik stesen TV tempatan, ibu mangsa berkata, anaknya itu tetap meneruskan perkahwinan dengan lelaki itu walaupun dia tidak merestuinya.

" Saya tidak #menghadiri perkahwinan dia. Saya hanya melihatnya pada hari perkebumiannya," katanya.




0 comments:

Post a Comment