Thursday 7 January 2016

Filled Under:

Pelakon 'Ku Tinggal Cinta di Okinawa' kena cekup polis.....lagi haru 3 paket ganja ada dalam baju. Sape nak jawab beb???


KUALA LUMPUR: #Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 627.59 gram dalam serbuan di sebuah kediaman di Subang Parkhomes, Subang Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah #Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, pelakon yang membintangi drama 'Ku Tinggal Cinta di Okinawa' itu ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan 1/2 biji pil eramin 5, di biliknya.

Yahaya berkata #pihaknya turut menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang sedang tidur di sebuah bilik kedua di kediaman itu setelah menemui #satu beg mengandungi tiga paket plastik lutsinar berisi ceraian daun kering disyaki ganja seberat 15.74 gram bersama dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

"Pemeriksaan di bilik ketiga #menemui satu beg kertas mengandungi dua paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi satu ketulan mampat berisi bahan disyaki ganja seberat 609.66gram dalam baju," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Katanya, selain itu, satu #paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja seberat 2.19gram turut dijumpai di atas meja di ruang tamu rumah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. - BERNAMA




0 comments:

Post a Comment