Thursday 7 January 2016

Filled Under:

“Selamat jalan anak syurga… Tunggu bonda disana,” tulisnya yang disertakan dengan gambar



PENYANYI yang #popular menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana disahkan mengalami keguguran anak kedua.

Berita duka itu dikongsikan #sendiri oleh Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi laman Instagram, malam tadi.

“Selamat jalan #anak syurga… Tunggu bonda disana,” tulisnya yang disertakan dengan gambar surah Al-Fatihah.


Difahamkan, Elyana #kehilangan bayi yang dikandungnya itu ketika memasuki minggu ke tujuh.

Sementara itu, dia turut mengesahkan berita sedih ini kepada Media Hiburan Online.

“Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya,” ujar Elyana.


Elyana mendirikan #rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011.

Takziah diucapkan dan #semoga Elyana sekeluarga tabah mengharungi ujian ini.






0 comments:

Post a Comment