Thursday 7 January 2016

Filled Under:

TERBONGKAR.....Ini rupanya 4 dalang utama yang terima sejumlah besar RASUAH!!!! Pandai ko salahkan bangla makan sireh ye???

Empat kakitangan #Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Januari:

Empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini.

Pengarah #Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata pembayaran wang rasuah tersebut bertujuan bagi melindungi kegiatan haram pelombong tersebut daripada diambil sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mereka.

“Nilai wang rasuah yang terlibat dalam kes ini lebih dari RM100,000.

“Kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 38 itu kini ditahan reman seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain itu, berhubung kes sama, SPRM turut mengesan kegiatan penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen dengan harga RM150 hingga RM200 sedangkan borang itu bernilai RM1 sahaja.

Katanya, #SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan melakukan tangkapan susulan dan telah mempunyai maklumat berkaitan pihak-pihak terbabit.

“SPRM berharap semua pihak termasuk masyarakat setempat bertanggungjawab bagi memastikan isu aktiviti perlombongan bauksit tidak terkawal #ini dapat diatasi serta segala kerosakan yang telah berlaku dapat diperbaiki semula,” ujarnya.




0 comments:

Post a Comment