Sunday 10 January 2016

Filled Under:

Netizen keterluan sangat buat perbandingan ....Sehingga bengang Jutawan Dermawan ini.



PEMILIK #rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa marah dan kecewa selepas digelar ‘Orang Kaya Bodoh’.

Menerusi #sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, pautan imej tersebut membuat pembezaan ‘Sembilan Melayu Terkaya Di Malaysia’ dengan Aliff serta pemilik produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida.

Menurut Aliff, perbandingan tersebut keterlaluan dan meminta dalang disebalik penyebaran imej tersebut supaya tampil ke hadapan.

“Kadang-kadang #tak semua benda yang kita lakukan org faham dan itu konsep program tv tak payah nak menghukum kami bodoh bagai lah. Kalau awak bijak sangat tampilkan diri. Tak payah nak buat kenyatan macam ni,” luahnya seperti dipetik menerusi kapsyen di Instagram.


Imej tersebut #dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah program ‘Terlajak Puteh Nampak’ dikendalikan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi yang mengisahkan kejayaan pemilik produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Rata-rata #pengikut Aliff Syukri di Instagram mengutuk dan tidak bersetuju dengan imej tersebut serta mendoakan semoga beliau sentiasa dilindungi selain dimurahkan rezeki.

Sementara itu, #Vida tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini di media sosial miliknya.







0 comments:

Post a Comment