Wednesday 6 January 2016

Filled Under:

Haiwan Unik punyai pengikut di Instagram lebih 737,000 orang......Ko Hado??

 Global - #Seekor kucing bernama Venus mencuri perhatian setelah terkenal sebagai kucing bermuka dua.
Bermuka dua yang di maksudkan kerana dua warna bulu di wajahnya iaitu hitam dan oren serta seolah memiliki dua rupa yang berbeza.

Tidak hanya itu, warna bola matanya #turut berbeza apabila satu matanya berwarna biru dan yang lainnya berwarna hijau lapor The Daily Mail.

Pelbagai pihak mentafsir bahawa kucing jenis Tortoishell itu telah diubah oleh pemiliknya, namun pemilik rasmi Venus menyebut keunikannya seratus #peratus semula jadi.
Pemiliknya, Christina dan Chris pertama kali bertemu dengan Venus di sebuah pusat penternakan susu di North Carolina pada tahun 2009.

 Oleh kerana #wajahnya yang unik, pasangan memutuskan untuk membawa Venus pulang dan merawatnya.
Sementara itu, Profesor Leslie Lyons yang mempelajari genetik kucing di University of Carolina menjelaskan Venus mempunyai warna hitam di wajahnya #kerana berkemungkinan dipengaruhi oleh sel warna yang aktif ketika masih di dalam janin.

 Manakala sel warna oren juga aktif namun bertemu pada satu titik tengah.
Oleh kerana keunikan #Venus yang berusia lima tahun, dia kini memiliki jutaan penggemar di sosial media.

Facebooknya memiliki #hampir sejuta pengguna dan jumlah pengikut di Instagram mencapai lebih 737,000 orang.




0 comments:

Post a Comment