Tuesday 5 January 2016

Filled Under:

KEJAM.......Sampai hati dera anak sampai mati. Antara 12 kesan dera yang ditemui......

Miri: #Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan ayah angkatnya dan disahkan mati di Hospital Miri, di sini, tengah hari ini.

Mangsa, Bryan Yusuf, #disahkan mati, pada 12.32 tengah hari, selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis #Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit, berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam pada badan, mata dan di kepala mangsa.

Menurutnya, terdapat 12 #kesan lebam yang ditemui pada mangsa dipercayai didera.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat kesan patah kaki kanan mangsa, kuman di dalam paru-paru. Malah, pendarahan dalam retina kedua-dua mata #mangsa," katanya.

Menurutnya, polis #sudah menahan ibu bapa angkat mangsa dan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman hari ini.

"Kes ini akan disiasat #mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.




0 comments:

Post a Comment