Friday 8 January 2016

Filled Under:

Kena tunggu 10 hari baru tahu yang mana satu anak kandung......Apa cerita sebenarnya ni??

JITRA: Sampel #darah kedua-dua bayi perempuan yang tertukar akibat kecuaian kakitangan di sebuah pusat perubatan swasta di sini, dihantar untuk tujuan ujian asid deksiribonukleik (DNA).

Perkara itu #dimaklumkan bapa seorang bayi perempuan berkenaan, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37.

Bagaimanapun, katanya, hasil ujian berkenaan hanya boleh diketahui selewat-lewatnya 10 hari.

"Mereka (pusat perubatan) #sudah ambil sampel darah kedua-dua bayi untuk ujian DNA semalam dan saya harap hasilnya nanti dapat bantu selesaikan kerumitan dan masalah yang timbul.

"Jadi saya harap #kami dapat diberi kelonggaran khususnya oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan pendaftaran sijil kelahiran anaknya," katanya ketika ditemui.

BH hari ini melaporkan sepasang suami isteri berdepan dilema apabila mendapat tahu bayi baharu lahir yang dibawa pulang, bukan milik mereka selepas #tertukar dengan bayi pasangan lain.

Sehingga kini, #kedua-dua bayi terbabit yang dihantar semula masih ditempatkan di pusat perubatan swasta terbabit.




0 comments:

Post a Comment