Friday 8 January 2016

Filled Under:

LAGI cerita polis yang menyamar.....Banyak sangat yang berlakon jadi polis ni...Betul ke ada Polis yang sebenar???

Gara-gara #bimbang dengan perangai bapanya yang kerap berkunjung ke rumah pelacuran, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai seorang anggota polis untuk menyekat perbuatan tidak bermoral itu.

Lelaki berkenaan #yang dikenali sebagai Guo, 21 dan berasal dari Jiangsu memperolehi uniform pasukan SWAT yang dibelinya daripada Internet.

Bukan itu sahaja, #Guo yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu turut membeli gari mainan, baton elektrik palsu dan pistol plastik.

Niatnya untuk menakutkan #bapanya dari mengunjungi rumah pelacuran dan dalam masa sama membuatkan pelacur takut menawarkan khidmat seks bagaimanapun bertukar sebaliknya apabila Guo ditangkap polis selepas seorang lelaki memuat laporan polis tentang tindakannya.




0 comments:

Post a Comment