Wednesday 6 January 2016

Filled Under:

AWAS wanita........ Bertudung tapi berdosa.....!!!!

 Dosa Disebalik #Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedar|Memaki tudung bukanlah sesuatu yang baru bagi muslimah wanita islam,namun seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi bukan sedikit wanita muslimah yang memakai tudung hanya untuk kelihatan cantik.

Mereka bertudung bukan atas dasar ketakutan atas seksa api neraka sebagai mana yang di jelaskan dalam hadist yang sahih tentang Aurat wanita,mereka #wanita mengenakan tudung hanya sekedar trend masa kini agar terlihat islamik.

Persoalannya benarkah cara bertudung mengikut gaya sekarang? dan apa hukumnya?
Apabila wanita Islam dilihat oleh laki-laki yang bukan mahram, dua perkara mesti ada.
~Pertama, kalau #wanita menutup aurat, hendaklah menutup dengan kemas. Jangan aurat ditutup tapi masih nampak aurat-aurat yang lain. Kalau pakaian yang dipakai wanita kelihatan jarang (translucent), maka hukumnya ialah HARAM.

Contohnya baju #kebaya yang mempunyai kain yang nipis sehingga menampakkan coli. Ini boleh menyebabkan tergugatnya iman mana-mana lelaki dan akan timbullah fitnah.

Laki-laki yang tahu hadith pun terus lupa hadith. Maka balasan bagi wanita-wanita yang membuka aurat ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam #berkata bahawa, mereka akan diberi azab oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhirat nanti kerana merosakkan akhlak orang ramai.

~Kedua, janganlah pakaian seorang wanita itu mensifatkan bentuk tubuh, melainkan 'illa mazaharo minha' (tidak dapat ditutup). Maka janganlah pakai #seluar yang ketat dan nampak bentuk punggung. Hukumnya HARAM dan berDOSA. Tapi bagi pakaian yang menampakkan bentuk bahu, tidak mengapa, kerana pakaian jatuh atas bahu.

Dan bila ia jatuh atas bahu, nampaklah bentuk bahu. Jadi ini bererti 'mazaharo minha', ia dimaafkan pada syara'. Wanita memakai baju yang menampakkan dada mereka? Tidak nampak, TAPI bentuk dada nampak. Hukumnya ialah HARAM.

Semoga para wanita yang menghadapi perkara sebegini akan terus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Banyakkan beristighfar 'Astaghfirullahal'azim' kerana Allah Maha Pengampun.

Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah besar dan baju itu labuh daripada punggung.

Ada orang kata wanita yang memakai seluar hukumnya haram. TIDAKlah HARAM. Yang HARAM ialah BUKA AURAT. Kalau pakai jubah pun, tapi bahagian #punggung ada lobang (pesen baru, kalau ada), haramlah.

    Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka #memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; #dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur:Ayat 31]

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam kepada Asma' binti Abu Bakar, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka #tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya."
[HR Abu Dawud].




0 comments:

Post a Comment