Wednesday 6 January 2016

Filled Under:

Berlanggar dalam gelap............. 158 orang terima padah. Kenapa tiada Lampu jalan kat kawasan ini???

SEMPORNA: #Tindakan pantas pelbagai agensi keselamatan negara menyelamatkan 158 penumpang dan kru sebuah feri selepas bertembung dengan sebuah tongkang di perairan ini, malam tadi.

 Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, feri penumpang terbabit dalam perjalanan dari Tawi-Tawi di selatan Filipina ke Semporna sebelum berlanggar di perairan Labuan Haji, kira-kira 500 meter dari jeti Semporna. Difahamkan, kejadian berpunca akibat keadaan gelap hingga feri penumpang itu tidak sempat mengelak tongkang berkenaan sebelum bertembung.

Sebahagian besar #penumpang feri dipercayai warga Filipina. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata tiga bot penyelamat PPM dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat sebaik menerima laporan kejadian itu.

Operasi turut membabitkan beberapa agensi keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. "Feri membawa 158 penumpang dan kru itu dilaporkan bertolak dari Taw-Tawi #pada jam 2.30 petang dan kejadian berlaku ketika hampir tiba di Semporna.

 "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila semua penumpang dan kru berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. Difahamkan, seramai empat penumpang dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut akibat mengalami kecederaan.




0 comments:

Post a Comment