Monday 4 January 2016

Filled Under:

TERBONGKAR..... Gambar ini bukti syarikat penerbangan ternama amalkan tradisi buli pekerja baru!!!!



Pramugari dibuli masuk ke tempat simpanan bagasi

Beijing: #Syarikat penerbangan Kunming Airlines berjanji menyiasat dan mengambil tindakan selepas beberapa pramugari dibuli dengan dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi.

Tindakan itu diambil selepas beberapa gambar pramugari syarikat itu berbaring di dalam tempat simpanan bagasi tersebar di media sosial #sehingga dikecam orang ramai.

Sekeping gambar menunjukkan seorang pramugari menutup mukanya ketika berbaring di tempat simpanan bagasi.

Difahamkan, itu adalah tradisi yang mesti dilalui oleh kru kabin yang baru bekerja di syarikat berkenaan.

Akhbar #The South China Morning Post melaporkan, gambar itu tersebar secara meluas sejak hujung minggu lalu.

Kata akhbar itu, kru kabin dipaksa masuk ke dalam tempat simpanan bagasi itu selepas menghabiskan 30 dan 50 jam penerbangan.

#Bagaimanapun, Kunming Airlines dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu tidak mengetahui mengenai tradisi berkenaan dan tiada aduan yang pernah dibuat oleh kru kabin.

“Kami #tidak pernah berkompromi mengenai isu keselamatan penerbangan dan kejadian buli ini tidak sepatutnya berlaku.

“Kami akan #menyiasat dan mengambil tindakan tegas supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi,” kata syarikat itu. - Agensi




0 comments:

Post a Comment