Friday 8 January 2016

Filled Under:

Ditelan laut semasa menyelam.....Apa yang berlaku di bawah sana? Rakan akui rasa berdebar2 semasa maghrib tu....

TANJONG KARANG: Mayat seorang nelayan yang hilang ketika menyelam untuk membuang tali yang tersangkut pada kipas enjin botnya petang #semalam, ditemui di perairan Bagan Sungai Kajang, pada jam tengah hari tadi. C Selvaraju, 38, hilang kira-kira jam 4 petang semalam selepas empat kali menyelam di tepi bot kelas B yang dilabuhkan di Jeti Bagan Sungai Kajang.

Mayatnya #ditemui selepas seorang nelayan ternampak kelibat kepalanya kira-kira 50 meter dari tempat Selvaraju dipercayai hilang. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa pada jam 7.19 malam semalam selepas dia gagal timbul di permukaan ketika menyelam. Katanya, sebelum kejadian, Selvaraju sedang cuba merungkai tali yang tersangkut pada kipas enjin bot.

"Mangsa #menyelam dengan mengikat tali pada tubuhnya sebagai penanda namun selepas beberapa minit menyelam, rakan mangsa yang berada di atas bot berkenaan merasa tali penanda itu ringan dan apabila ditarik mangsa sudah tiada pada hujung tali. "Rakan mangsa menghubungi polis yang kemudian mendapatkan khidmat Bomba dan Penyelamat untuk mencari mangsa. "Ketika pasukan kami memulakan pencarian, air sudah surut dan mangsa dipercayai ditindih oleh bot berkenaan dan hanya timbul selepas air pasang," katanya kepada pemberita. Mohd Sani berkata, ketika ditemui pada jam 12.55 tengah hari, mangsa berada dalam keadaan separa tenggelam dan hanya memakai seluar jeans tanpa baju.

Katanya, #mayat mangsa berjaya dinaikkan pada jam 1.27 dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat. Sementara itu, rakan mangsa, P Sevanathan, 32, berkata, beliau panik apabila Selvaraju tidak timbul selepas menyelam ke bawah bot. "Selvaraju mahu baiki kipas sebab tersekat tali dan masa itu saya tengok dia ok saja... tapi lepas empat kali selam dia tak timbul-timbul," katanya.




0 comments:

Post a Comment