Sunday 3 January 2016

Filled Under:

Baru mula sekolah...dah timbul isu-isu yang tidak sepatutnya ada!!!!

#Terima buku teks sekolah rosak atau koyak? Ini penyelesaiannya.. | Ibu bapa pelajar yang menerima buku teks rosak diminta memaklumkan terus perkara itu kepada pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan bagi proses menggantikannya berbanding memuat naik perkara #itu ke dalam media sosial. Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, perbuatan ibu bapa melakukan aduan menerusi medium tersebut tidak akan menyelesaikan masalah ke­rana pihaknya tidak mengetahui sekolah mana yang terlibat.

Menurutnya, #kementerian mempunyai mekanisme yang ditetapkan untuk menggantikan buku teks sekolah yang rosak atau lama kepada para pelajar. “Ibu bapa yang hanya melakukan aduan mereka mengenai buku teks yang rosak di Facebook tidak akan membantu kita untuk #menyelesaikan masalah, sebaliknya maklumkan kepada guru di sekolah masing-masing. “Kita sememangnya akan me­lakukan penggantian buku teks baharu terutamanya melibatkan helaian yang tidak boleh dibaca atau hilang,” katanya mengulas laporan sebuah akhbar Cina #baru-baru ini yang memetik aduan ibu bapa tentang buku teks rosak yang diterima anak-anak mereka.

#Sin Woon ditemui selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Nan dan Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Tun Dr. Ismail di Bakri, dekat sini hari ini. Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai 1,673 guru baharu akan ditempatkan di 1,296 SJKC di #seluruh negara bermula 18 Januari ini bagi menampung kekurangan pendidik di sekolah tersebut. Menurutnya, masalah kekura­ngan guru di SJKC #berlaku hampir setiap tahun sehingga adakalanya menjejaskan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Pada #tahun lalu, ramai graduan dalam bidang pendidikan tamat belajar dan ini dapat membantu kementerian untuk menambah bilangan #guru di sekolah yang mengalami kekurangan warga pendidik,” katanya. -Utusan




0 comments:

Post a Comment