Thursday 7 January 2016

Filled Under:

Nana Manjakan peminat....sampai ke tahap tu nana hambakan diri kepada peminatnya?? Kenapa nana...terhutang budi ke?

Penyanyi #Siti Nordiana berkata kebanyakan peminatnya tidak gemar melihat dia berpakaian terlalu moden.




Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, berkata, teguran itu boleh diterimanya memandangkan dia sendiri melihat dirinya kurang sesuai berpakaian secara berlebih-lebihan.

    "Memang #sekarang ini peminat-peminat begitu prihatin dengan setiap pergerakan dan pemakaian saya.

    "Sampaikan #gincu mana yang sesuai dan tidak sesuai pun mereka bercakap. Cuma mereka tidak suka jika saya terlalu 'urban' dalam berpakaian. Pernah sekali saya memakai 'jumpsuit' dan mereka tegur," katanya kepada mStar Online.


Nana ditemui pada #majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya di sini pada Khamis.


Beritahu Nana, #sebagai seorang penyanyi yang kembali bersinar dalam industri seni tempatan, dia  begitu peka dengan setiap teguran daripada peminat-peminatnya.




Malah kemana-mana #sahaja dia pergi, peminat akan diberi keutamaan tidak kira jika mereka mahu bergambar atau bersalaman.

    "Berbeza dengan #dahulu, jika saya penat, saya tidak akan layan peminat. Tetapi sekarang lain.

    "Mereka banyak menaikkan saya dan kerana itu saya tidak mahu menghampakan mereka dan akan layan sebaiknya," ujar Nana.-mstar




0 comments:

Post a Comment