Friday 8 January 2016

Filled Under:

JUARA!!!! Si Cilik Drummer bukti kehebatan bakat di ASTRO..... Selama ini Youtube je jadi platform.

KUALA LUMPUR 8 Jan. – #Pemain dram cilik, Nur Amirah Syahira Azizul Abidin, 12, atau Amirah diangkat sebagai juara pertandingan akhir Ceria All Stars yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam ini. Amirah mengalahkan empat finalis lain dalam pentas akhir #program tersebut dan berjaya membawa pulang RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Ketika ditemui, Amirah #tidak menolak kemenangan ini sedikit sebanyak membakar semangatnya untuk terus menjadi seorang pemain dram profesional suatu hari nanti.

“Alhamdulillah, saya #harap kemenangan ini membuka jalan untuk saya pergi lebih jauh.

“Tentunya melalui kemenangan ini, saya mahu lebih dikenali,” katanya.

Sementara itu, naib juara dan tempat ketiga dimenangi Mohamad Iqmal Fikry, 15, dan kumpulan tarian BTB (Born To Beat), yang masing-masing membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Dua lagi peserta yang turut beraksi pada pentas akhir malam tadi ialah kumpulan tarian LC dan Myra Lilly.

Pada pentas akhir i#tu turut menyaksikan Nabil Ahmad dan Nora Danish bergandingan sebagai juri tetap pertandingan serta Jihan Muse selaku pengacara.

Yang turut dijemput menjadi juri jemputan ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Dalam pertandingan akhir ini, #juri menentukan 50 peratus markah dan 50 peratus lagi berdasarkan undian penonton di rumah.




0 comments:

Post a Comment