Monday, 4 January 2016

Filled Under:

Tak sangka...ada banyak nyawa yang meneruskan kehidupan disebalik susunan kayu usang itu......Apa lagi yang dibongkar ini sungguh mengejutkan. Patutlah jadi begini...........

 Lima #tahun tinggal dalam rumah yang tiada sumber air dan elektrik bukan satu tempoh lama, namun bagi keluarga Suriati Mohd Amin, 33, tempat berteduh umpama pondok usang itu sudah dianggap syurga buat mereka.
Menurutnya, rumah yang terletak di Lorong Tanah Belia, Jalan Sungai Soi adalah tawaran ihsan seorang kenalan yang dikenali ketika ditempatkan #di pusat pemindahan banjir, lima tahun lalu.

“Saya syukur #bila kenalan tawarkan rumah yang ditinggalkan sekiranya ingin berteduh buat sementara waktu sebelum dapat rumah sewa yang lebih murah, tapi sebab tak mampu tanggung, maka kami sekeluarga terus tinggal di sini.

“Setiap hari #saya sediakan sekotak lilin untuk terangi rumah ni, kalau tak ada lilin, anak-anak mula menangis sebab rimas duduk dalam gelap. Jadi nak tak nak memang kena ada duit beli lilin.

“Setiap hari #kami hanya mandi sekali sahaja. Selalu sebelah pagi saya akan bawak anak-anak yang umur setahun hingga 11 tahun mandi di balai raya berdekatan. Syukur sebab dapat kebenaran guna dan ambil sebotol dua air untuk dijadikan minuman,” katanya.

Tambahnya, #mereka sekeluarga gembira ketika musim hujan kerana dapat menakung air tanpa perlu ke balai raya.

Menurutnya, #pendapatannya bersama suami, Tuan Muhd Jefry, 49, tidak menentu kerana hanya mencari pucuk jambu gajus dan beberapa kerja sambilan seperti mencari tin serta pucuk rebung.

“Kami cari #pucuk jambu atau tin sepanjang perjalanan dari Sungai Soi ke Kampung Chempaka atau Pantai Sepat. Seawal 8 pagi saya dan suami berjalan kaki cari pucuk jambu hingga di Kampung Chempaka jam 12 tengah hari.

“Kalau ada #rezeki lebih boleh lah kami dapat 50 ikat untuk dijual di pasar besar dan dapat RM20. Kami guna duit tu beli dua kilo beras, sekotak lilin dan sedikit lauk.

“Memandangkan #saya dengan suami hanya keluar cari pucuk jambu, dua hari sekali dan ada masa tak dapat keluar sebab hujan dan sebagainya, kami terpaksa minta dengan jiran sedikit beras,” katanya.

Dalam pada #itu katanya, walaupun kehidupannya begitu daif, namun dia terus gigih mencari rezeki untuk menanggung anak dan persekolahan mereka.

"Saya memang tak #dapat sebarang bantuan sama ada dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pusat zakat dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, #Suriati berkata, penghujung tahun ini merupakan waktu yang baik bagi mereka sekeluarga apabila ada pihak datang membantu.

“Tak sangka #kehidupan saya sedikit berubah setelah dapat kunjungan kariah Surau Taman Sepakat 3 dan orang dari pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

“Saya bersyukur sebab mereka sudi #bina bilik air, pasang elektrik dan dapatkan sumber air bersih serta bantu buat beberapa permohonan bantuan kewangan bagi kami sekeluarga,” katanya.




0 comments:

Post a Comment