Menurut Salwa, pada awal berkenalan dia pernah bertanyakan status lelaki itu.
Namun, menurut lelaki itu dia adalah seorang duda anak dua.
Bagaimanapun, #setelah bersama selama enam bulan, Salwa memberitahu dia mula mencurigai sikap kekasihnya yang sesuka hati datang dan pergi.
Hal itu #membuatkan Salwa cuba dapatkan nombor telefon isteri lelaki itu sebelum terkejut mengetahui wanita itu dan kekasihnya tidak pernah bercerai apatah lagi pergi ke mana-mana mahkamah syariah.
“Jadi pengakuan #ini sudah cukup membuktikan mereka masih sah suami isteri. Saya tak kecewa kehilangan dia tetapi saya terluka kerana ditipu.
Sampai hati dia tipu saya,” kata Salwa.
Selain itu, #Salwa mendakwa kini bekas teman lelaki itu menuduh dia mencuri wang sebanyak RM1000.
“Ia sangat #mengarut sebab memang betul saya pakai duit tu. Itupun dia yang cakap, ‘kalau awak nak pakai duit awak tau nak ambil kat mana.’
Jadi saya #gunakan dan dah pun diganti semula.
“Lama dah #saya ganti tapi itulah sebab yang dia gunakan untuk kenakan saya atau apa.
Tapi bagi saya ia tidak berasa,” ujarnya.
Dalam pada itu, #Salwa turut mendedahkan bekas teman lelakinya itu juga merupakan seorang pelakon.
0 comments:
Post a Comment