Monday, 4 January 2016
Filled Under:
AYAM GORENG SINGGIT bawa tuah pada lelaki ini....Ini Rahsianya, dalam masa hanya beberapa jam dia mampu menjual sehingga.........................
Posted By:
admin2
on 05:23
# "BIAR tak banyak untung tetapi boleh gembirakan semua orang,” kata seorang peniaga ayam goreng yang berharga RM1."
Zamrul Nayan, 37, #menjual ayam goreng berdekatan Petronas Taman berkata, walaupun pelbagai jenis perniagaan lain boleh diceburi namun dia memilih untuk menjual ayam goreng RM1.
Menurutnya, #harga yang murah itu membolehkan orang ramai menikmati ayam goreng tersebut pada bila-bila masa dan tidak membebankan mereka.
“Sekarang harga #barang memang semakin meningkat, namun saya lebih gembira melihat orang lain turut sama dapat menikmati keenakan ayam goreng ini.
“Setiap hari #saya akan goreng sebanyak 300 ketul ayam untuk dijual kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian.“
Tambahnya, walaupun harganya murah namun kualiti dan keenakan rasa ayam goreng tersebut masih dijaga.
“Memang #murah namun sesiapa yang membelinya berbaloi sebab kebanyakannya pelanggan tetap dan yang ingin mencuba,” katanya.
Zamrul berkata, #perniagaannya itu beroperasi pada jam 3 petang sehingga 10 malam pada setiap hari dan hasil jualan tersebut mampu menampung kehidupannya sekeluarga.
“Hasil jualan #ayam goreng ini memang banyak membantu dan menampung kehidupan saya sekeluarga, saya juga memang bekerja sepenuh masa menjual ayam goreng ini,” katanya. -sinarharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment