Friday, 8 January 2016

Filled Under:

Kepada peniaga VAPE yang telah diharamkan....jangan risau...Kerajaan ganti dengan Bauksit. Cover balik kerugian tu dengan Bauksit ye....


KUALA LUMPUR, 7 Jan — Mufti Perlis #mengkritik agamawan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang lantang menentang rokok elektronik, atau vape, tetapi berdiam diri dalam isu pencemaran bauksit.

“Alangkah baiknya jika isu #bauksit ini diberikan perhatian yang lebih daripada isu vape itu. Bahaya isu bauksit ini lebih dari vape.

“Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?” kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

“Apakah pandangan agama #hanya untuk rakyat bawahan sahaja tetapi ‘sunyi’ segala dalil apabila membabitkan urusan atasan?

“Saya bimbang generasi Muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan Muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita yang sebegini.”


Kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan dilaporkan mendatangkan pencemaran serius, termasuk sungai dan laut bertukar merah, sehingga kabinet mengarahkan ia dihentikan selama tiga bulan.

Menulis di Facebook, mufti muda yang lantang itu juga berkata beliau sedih melihat kegiatan perlombongan galian tersebut yang telah mengancam #manusia, tumbuhan dan haiwan.

“Apabila isu vape timbul, Jakim telah menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing.

“Di media massa, tokoh-tokoh agama juga berbual ‘sakan’ tentang isu vape yang boleh membahayakan penghisapnya. Kelihatan ustaz-ustaz bersemangat #menentang vape. Tidak mengapa, masya Allah.”

Susulan laporan kejadian enam lori bauksit dibakar penduduk bulan lepas, Mohd Asri pernah meluahkan kebimbangannya apabila orang ramai tidak yakin pada sistem keadilan dan bertindak sendiri.

“Jika hal ini berterusan, lalu merebak, maka satu negara tidak terkawal lagi. Rakyat bawahan akan berkeyakinan bahawa hanya mengambil #undang-undang di tangan sendiri sahaja yang dapat membela diri daripada dizalimi,” katanya di Facebook, Disember lalu.

Beliau dilaporkan bersimpati terhadap nasib penduduk Kuantan yang menerima akibat buruk perlombongan bauksit ketika pelombong-pelombongnya #meraih keuntungan.

“Setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak yang lain.

“Mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman. Orang lain membuat untung, rakyat bawahan mendapat derita.”




0 comments:

Post a Comment