Thursday, 7 January 2016

Filled Under:

Akibat lambat hantar minuman.....dia di serang 40 lelaki dan apa yang lagi mengejutkan kumpulan lelaki ini turut bertindak biadap dengan..................

GEORGETOWN - #Seorang pemilik sebuah restoran tomyat di sini berdepan dengan detik cemas apabila restorannya yang terletak di Taman Tunas Muda, Sungai Ara disini diserang oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan topi keledar dan kerusi pada awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang #berlaku kira-kira 2.15 pagi itu, mangsa, seorang warga Thailand bersama isteri dan tiga pekerja cedera selepas dipukul oleh kumpulan terbabit yang terdiri dari kira-kira 40 lelaki yang menaiki motosikal.

Laporan dari Sinar #Online menyebut kumpulan tersebut terus melulu ke arah mangsa-mangsa dan memukul mereka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, kumpulan itu juga turut merompak rumah mangsa yang #berada bersebelah dengan restoran itu dan melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai RM15,000.

Ketika kejadian, #difahamkan masih ada pelanggan di restoran tersebut namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyelamat diri.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berniaga di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu mengenali beberapa orang ahli kumpulan berkenaan yang dipercayai penduduk di sekitar kawasan Sungai Ara.

“Menurut mangsa, #antara punca kejadian mungkin disebabkan dendam seorang suspek yang sebelum ini pernah datang ke kedainya namun minuman yang dipesan lambat sampai dan berlaku pertengkaran antara suspek dengan pekerjanya,” katanya.


Siti Salwati berkata sepasukan polis telah digerakkan untuk memburu suspek dan 14 lelaki telah ditahan berikutan kejadian.

Laporan Utusan #Malaysia pula menyebut seorang mangsa, Mariah Rahmat, 28, yang hamil tiga bulan menyifatkan lelaki tersebut sebagai kejam dan tidak berhati perut.

Mariah ditolak penyerang dari kumpulan tersebut sehingga perutnya terkena penjuru meja.


“Saya merayu supaya mereka tidak mencederakan kami namun mereka tidak mempedulikannya malah terus memukul pekerja saya menggunakan kerusi dan #topi ke­ledar.

“Akibat kejadian itu juga, pekerja-pekerja saya cedera pada bahagian tangan, kepala dan badan termasuk pendarahan dalam mata,” katanya.





0 comments:

Post a Comment