#Selepas penafian Kuantan Port Consortium (KPC) bahawa ‘laut merah’ di Pantai balok dan Pantai Batu Hitam Kuantan bukan berpunca daripada perlombongan bauksit, warga Internet menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka.
Ia antaranya dikesan dalam Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM). Seorang pengguna Facebook dengan nama Adee Muniff melampirkan #gambar sebuah lori yang telah diedit dengan membawa daun sirih berserta kapsyen:
“Sirih punca pantai sekitar Kuantan bertukar menjadi merah…Pekerja asing dilihat gemar meludah merata-rata di sekitar pelabuhan Kuantan”.
Pengguna #Facebook yang menggunakan nama Apandi Ali pula membalas di bahagian komen gambar tersebut dengan mempersoalkan sama ada sirih akan diharamkan selepas ini di Malaysia.
“Mungkinkah daun sirih akan diharamkan di Malaysia,” tulisnya.
Syed #Hasbullah Syed Ali pula menulis: “Haramkan sekali dengan penanaman sirih dan pemakan sirih”.
Pengguna Facebook bernama Mohd Faizal pula memuat naik gambar pencemaran yang berlaku di pelabuhan Kuantan dengan menuliskan kapsyen:
“Ini adalah #sirih yang diludah oleh lebih 100 warga Bangladesh. Siapa kata ini bauksit akan direjam sampai mati,” tulisnya.
Semalam, KPC menafikan ‘laut merah’ di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam disebabkan perlombongan bauksit.
Menurut Ketua Pegawai Operasi KPC, Khasbullah A Kadir, sungai yang menghala ke laut di dua kawasan itu tidak bersambung dengan Sungai Pengorak.
Beliau #juga berkata KPC telah menapis pelepasan air dari pelabuhan ke Sungai Pengorak dan hasilnya air di sungai itu menjadi lebih baik sejak 29 Disember tahun lalu.
Eksport bauksit Malaysia melonjak 1,100 peratus pada tahun 2014 dan Malaysia menjadi pembekal utama untuk China, selepas Indonesia mengharamkan #eksport untuk menggalakkan pertumbuhan industri aluminium tempatan.
Tuesday, 5 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment