Friday, 8 January 2016
Filled Under:
Kalau macam ni punya Cikgu TUTOR...... Bapa pun sanggup nak ulang SPM!!!
Posted By:
admin2
on 19:52
Kuala Lumpur: #Biarpun baru berusia 18 tahun, Qistina Enara Haris, 18, sudah mula mencari duit poketnya sendiri dengan menawarkan khidmat tutor.
Tawaran dari penuntut #Kolej Antarabangsa Kirkby, Cyberjaya dalam jurusan Bahasa Inggeris itu mula menjadi viral di media sosial sehingga ada yang beranggapan bukan-bukan mengenai tawarannya.
Qistana berkata apa yang dilakukannya adalah untuk menjana wang tambahan bagi pembiayaan dan yuran kolej.
“Saya suka #berdikari dan tidak mahu susahkan orang tua lebih-lebih lagi meminta daripada ibu. Dia juga perlu duit untuk menampung kami adik-beradik yang masih belajar memandangkan dia ibu tunggal.
“Lagipun, #saya mula berdikari sejak usia 16 tahun dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian, kasut dan beg untuk remaja perempuan,” katanya sebagaimana lapor myMetro.
Selain dari #menawarkan harga khidmat tutor yang murah, Qistina berkata dia berniat untuk membantu golongan ibu bapa kurang mampu yang mahu meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak dengan memberi diskaun kepada mereka.
“Saya mahu #bantu orang susah yang perlukan bantuan mengubah cara pembelajaran dan meningkatkan mutu pendidikan.
“Setakat ini, saya sudah ada 50 pelajar yang mahu mendaftar dan mendapatkan khidmat saya. Bagaimanapun, saya terpaksa memilih dengan memberi keutamaan kepada mereka yang mahu belajar, selain perlu bahagikan masa untuk kuliah,” katanya.
Pelajar lepasan SPM dari SMK Cyberjaya itu mendapat keputusan 7A dalam SPM 2014.
Bagaimanapun, #niatnya untuk membuat khidmat tutor bagi menambah pendapatan disalah ertikan kerana dia mempunyai wajah yang cantik.
“Ini anugerah dan tidak mahu guna wajah cantik untuk menarik perhatian ramai. Nak dapat ilmu, kita perlu serius.
“Ibu saya juga #beri semangat dan percayakan dengan apa yang saya buat,” katanya yang turut aktif dalam aktiviti amal.
Qistina yang juga seorang pelakon dan model berkata dia tidak mahu mengendahkan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutori yang disediakan olehnya.
“Hanya pelajar #serius saja boleh mendaftar dan apa saya buat bukan main-main. Hormatilah keikhlasan saya menjadi tutor peribadi,”
Qistina yang juga pelakon dan model memberitahu, dia tidak mahu mempedulikan kata-kata umum mengenai dirinya dan tawaran khidmat tutor itu.
Menurut Qistina, #dia turut menawarkan perkhidmatan itu di Cyberjaya, Dengkil, Putra Perdana dan Seri Kembangan. Qistina dibantu abangnya yang juga seorang mahasiswa universiti swasta di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment