Sunday, 10 January 2016

Filled Under:

ALAMAK.....tak boleh ke masjid kalau tak pakai topi keledar??

ALOR SETAR: #Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.

Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof, berkata ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid. #"Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat 'Long Short Walk 2016' peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata #statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Januari hingga September 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015. "Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat," katanya.

Abd Ghafar #menasihati orang ramai agar lebih menggunakan kereta atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau lokasi lain kerana ia lebih selamat. Beliau turut menasihati pejalan kaki agar menggunakan jejantas dan 'zebra crossing' sekiranya mahu melintas jalan. - BERNAMA




0 comments:

Post a Comment