Klang: Bayi perempuan #berusia tiga bulan ditinggalkan berseorangan hampir dua jam oleh pembantu rumah yang melarikan diri dari rumah majikannya dalam kejadian di sini petang semalam.
Pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Icha berusia 25 tahun itu didapati meninggalkan rumah majikannya kira-kira 1 petang dengan membawa sebuah beg pakaian selain melarikan wang tunai serta cincin perkahwinan majikannya.
Ketika kejadian, #tiada sesiapa di rumah berkenaan malah pembantu rumah terbabit meninggalkan bayi itu di atas sofa sebelum dia melarikan diri.
Bagaimanapun, sebelum beredar dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada adik majikannya dengan memberitahu bayi berkenaan berada di dalam bilik.
Ibu bayi #berkenaan, Farah Mustapa, 28, berkata, dia menerima SMS daripada adiknya kira-kira 1.30 petang sebelum meminta suaminya, Mohd Khairi Khalid, 36, pulang ke rumah.
Katanya, sejurus suaminya tiba di rumah dia melihat bayi perempuan mereka Ayyra Mohd Khairi tidur di sofa ruang tamu rumah.
"Suami kemudiannya #mencari pembantu rumah kami dan selepas masuk ke dalam biliknya, suami dapati pakaiannya sudah tiada selain wang tunai dan beg serta cincin perkahwinan kami hilang.
"Kami memeriksa #rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah kami dan mendapati dia membawa beg keluar dari kawasan rumah pada jam 1.17 petang," katanya.
Berikutan kejadian itu mereka membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran, malam tadi.
Wednesday, 6 January 2016
Filled Under:
Hantar SMS dulu sebelum lari........Kenapa dia perlu tinggalkan SMS sebelum lari?? Apa yang menyebabkan dia berbuat demikian???
Posted By:
admin2
on 14:24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment