Saturday, 9 January 2016

Filled Under:

Di denda ratusan ringgit akibat kurang ajar.....!!!!


Gara-gara #meletakkan kaki di atas kerusi dalam sebuah keretapi, Trinh Cuong, 22, telah didenda sebanyak RM321. Ketika itu Cuong dalam perjalanan dari Ellesmere Port dan Hooton di Liverpool pada Jun tahun lepas.

“Saya cuma #ingin rasa selesa dan kerana keletihan, saya pun angkat kaki dan letak di atas tempat duduk dalam keretapi. Ketika itu hanya ada lima orang sahaja.

“Tiba-tiba #pegawainya datang dan memberitahu saya supaya jangan letakkan kaki di atas tempat duduk itu. Dia kemudiannya mengambil butiran mengenai diri saya,’’ kata Cuong yang berasal dari Vietnam dan telah menetap di UK selama 10 tahun.

   
Cuong #kemudiannya mendapat notis ke mahkamah dengan tuduhan melanggar undang-undang yang berusia 129 tahun.

Dia #mengaku salah dan diperintah membayar denda.

“Saya tidak tahu bahawa #anda akan didenda kerana berbuat demikian. Saya ingatkan hanya akan diberikan amaran dulu,’’ katanya. - mynewshub




0 comments:

Post a Comment