PARIT: Kes #anggota komando yang berdepan tuduhan memiliki sehelai baju-T yang mempunyai kaitan dengan militan Kumpulan Negara Islam (IS), dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
#Majistret Mohd Fitri Sadarudin membenarkan kes terhadap Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas menerima permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof, sebentar tadi. Mahkamah turut membenarkan permohonan Muhammad Fauzi untuk memindahkan tertuduh dari Penjara Taiping, Perak, ke Penjara Sungai Buloh, Selangor kerana tertuduh akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di ibu negara.
#Mohd Abu Haliff yang berkhidmat di Kem Sungai Udang, Melaka, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 1 Disember lalu atas tuduhan melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, di sini jam 1.30 tengah hari pada 12 November lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan hak terhadap bahan berkaitan. #Tertuduh hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan, namun tiada pengakuan direkodkan.
Tuesday, 5 January 2016
Filled Under:
Berhati-hati bila memakai t-shirt....jangan sampai kerana t-shirt meringkuk 7 tahun dalam penjara!!!
Posted By:
admin2
on 19:22
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment