KUALA LUMPUR: #Sesi persekolahan yang bermula hari ini turut menyaksikan beberapa anak selebriti tanah air melangkah ke alam baharu dengan memasuki darjah satu. Antara artis yang mula menghantar anak masing-masing ke sekolah tahun ini ialah Rita Rudaini, Sharifah Shahira, Rusdi Ramli dan Melissa Saila. Rita yang dihubungi BH Online memberitahu, anaknya, Airit Rayyan Rizqin, cukup teruja untuk ke sekolah sejak awal pagi tadi.
Katanya juga, #beliau bernasib baik kerana anak sulungnya senang bangun pagi apabila sudah diasuh berbuat demikian sejak dulu lagi. "Saya sendiri tidak keruan jadinya kerana inilah pengalaman pertama menguruskan anak ke sekolah. Apabila saya hendak pakaikan baju sekolah, dia sendiri yang beriya-iya teruja nak pakai sendiri. "Lucunya, saat mula naik ke kereta untuk menghantarnya ke sekolah, dia bertanyakan mengenai kad namanya.
Rupa-rupanya, #saya tertinggal kad nama terbabit di rumah. Mulalah saya gelabah dan panik tak tentu fasal. "Dalam perjalanan ke sekolah pula, dia siap suruh saya pasangkan lagu daripada filem Dilwale. Dia pun 'demam' filem berkenaan macam saya. Setibanya di sekolah, dia turun kereta dan tinggalkan saya menuju ke kelasnya. Nampak sangat dia begitu teruja nak bersekolah," cerita Rita mengenai gelagat Airit. Airit Rayyan Rizqin di dalam kelas. Menurut Rita, 39, beliau turut bersyukur apabila anaknya itu tampak tenang pada hari pertama persekolahan.
"Saya lihat #dia boleh berdikari. Malah dia nampak lebih matang daripada usianya. Secara keseluruhannya, dia berkelakuan baik di sekolah sejak pagi hingga sekarang. Insya-Allah, saya akan temankan dia dalam lima hari lagi sebelum dia biasakan diri tanpa kehadiran saya," kata Rita yang akan menghantar dan menjemput anaknya ke sekolah setiap hari jika tidak terikat dengan kerja lain. Sharifah Shahira, 41, juga melalui pengalaman hampir sama dengan rakan seperjuangannya itu. Malah, sejak memulakan orientasi di sekolah lagi, anak bongsunya, Auddra, tidak menimbulkan masalah.
Selain sibuk #menguruskan Auddra, pelakon dan pelawak terkenal ini juga mempunyai dua lagi anak yang kembali bersekolah hari ini. "Hampir semua benda dia nak buat sendiri. Malah, dia tak sabar nak berbelanja beli makanan di kantin sekolah. Auddra pun jenis mudah buat kawan di sekolah. Malah, cikgu juga sudah kenal namanya. "Ketika bangun pagi tadi pun, dia tidak meragam. Walaupun suka tidur lambat, #tetapi dia senang bangun pagi. Lihat gayanya hari ini, nampaknya saya mungkin hanya datang sehari lagi untuk temankan dirinya di sekolah," katanya yang berharap keterujaan anaknya itu akan berterusan hingga ke akhir tahun. Sharifah Shahira, anak bongsunya, Auddra, tidak menimbulkan masalah.
Monday, 4 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment