Monday, 4 January 2016

Filled Under:

Apa ada pada nama?? Eh....nama ini bukan sekadar nama....nama ini bawa 'Luck'......



Kuala Lumpur: #“Tiada sebab tertentu saya letak nama anak panjang dengan empat nama, ia sekadar memenuhi ruang kosong pada borang permohonan pendaftaran kelahiran,” kata Sharul Bashar, 39.

Sharul #adalah bapa kepada Putri Qaseh Nursaidatul Arianna, 7, iaitu murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTDDI1) yang memiliki nama terpanjang berbanding hampir 200 murid lain yang memulakan sesi persekolahan 2016 di sekolah berkenaan, semalam.

Menurutnya, #idea meletakkan nama itu tercetus secara spontan selepas anak sulungnya dilahirkan.

“Nama Putri #diambil kerana jantina anak perempuan dan Qaseh pula sebagai lambang kasih sayang sebagai ibu bapa kepada anak.

“Manakala Nursaidatul Arianna pula diambil daripada awalan nama isteri Norsuria Anita Abdullah, 36, yang bermula dengan huruf N, S dan A,” katanya kepada Harian Metro.

Kakitangan #swasta itu berkata, dia tidak menyangka nama anaknya menarik perhatian ramai dan sering ditanya sama ada berhadapan kesukaran untuk mengingat nama anak atau tidak.

“Alhamdulillah, #saya boleh ingat nama semua anak dan dua anak lain juga ada empat nama seperti Arianna (Putri Qaseh Nursaidatul Arianna).

“Anak kedua #Putri Qaseh Nursofia Arissa berusia lima tahun dan Puteri Qaseh Nurshakeela 11 bulan,” katanya.

Katanya, dia #memilih SKTTDI1 kerana berhampiran dengan kediamannya di Flora Damansara, Damansara bagi memudahkan isteri untuk menguruskan penghantaran anak ke sekolah dan pulang ke rumah.

GURU besar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Juriah Jupri beramah mesra dengan murid tahun satu.





0 comments:

Post a Comment