Tuesday, 5 January 2016

Filled Under:

Lagi khasiat Daun Strawberi yang boleh memanjangkan hayat.....Khasiat tersembunyi ini mengatasi zat buah strawberi itu sendiri.

Pada pagi Ahad, seorang wanita #mengandung dan anak perempuannya cuba melarikan diri dari Madaya, sebuah perkampungan di gunung yang diliputi salji di barat daya Syria.

Setibanya mereka di pinggir pekan, #seseorang terpijak periuk api menyebabkan letupan yang kuat kedengaran. Disebabkan bunyi kuat itu, pertempuran berlaku dan mereka maut disebalik tembak-menembak dan letupan yang berlaku.

Cubaan melarikan seperti ini - #sebagaimana yang dilaporkan oleh sumber Vice News dan penduduk tempatan - menjadi semakin biasa di Madaya, sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang yang telah terkepung sejak julai oleh Tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya, Hezbullah.

Pada bulan lepas #sahaja, 31 dari penduduk meninggal dunia akibat kebuluran, atau dari cubaan melarikan diri daripada kawalan Hezbollah yang mengepung bandar tersebut. Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Syrian-American Medical Society, harga bagi satu kilogram gandum kini dijual pada harga sekitar $100 (RM420) walhal rata-rata penduduk Syria berpendapatan kurang dari $200(RM840) sebulan.

"Saya makan daun #strawberri untuk makan malam hari ni", kata Rajai(bukan nama sebenar), 26, seorang guru matematik dan bahasa inggeris di Madaya yang bercakap kepada Vice News menerusi panggilan telefon.

Rajai tidak mahu #nama sebenarnya didedahkan atas sebab keselamatan.

"Saya sudah tidak menjamah makanan sebenar selama tiga bulan.", katanya.

Sejak pengepungan bermula pada Julai lalu, berat Rajai telah susut sebanyak 22kg.

"Kanak-kanak disini kini memakan dedaun dari pokok-pokok, dan yang tua serta yang muda semakin ramai mati", katanya.

Menurut Rajai, #rejim Assad sedang menghukum kampungnya kerana turut serta dalam pemberontakan Syria pada 2011.

Laman web #GlobalVoices pula melaporkan keadaan yang lebih teruk. Menurut laporan itu, penduduk di Madaya bukan sahaja memakan daun, malah turut memakan serangga dan juga kucing untuk meneruskan hidup.

Semakin gambar #keadaan-keadaan sebenar penduduk di Madaya yang telah dimuat naik oleh aktivis di media sosial selepas apa yang terjadi.

Facebook page #bantuan Syria, Hand in Hand For Syria menulis :

"Kebanyakan gambar yang diambil dari pekan kecil di Madaya (di pendalaman Damascus) terlalu menakutkan untuk dikongsi. Gambar-gambar mengejutkan itu #antaranya memaparkan; manusia yang hanya tinggal tengkorak - dengan mata terbenam ke dalam dan tulang rusuk yang tersembur keluar; menunggu masa ajal menjemput

Sejak enam bulan lepas, #penduduk Madaya telah hidup dalam kepungan. Tanaman dan bekalan makanan semakin berkurangan. Baki makanan di bandar menjadi begitu mahal sehingga orang-orang biasa tidak mampu membeli makanan untuk dimakan.

Mereka bermula dengan #memasak tanaman. Apabila tanaman sudah habis, mereka memasak rumput dan pokok..selepas itu serangga. Apabila kekurangan zat makanan yang terlampau, mereka mula memakan kucing.





0 comments:

Post a Comment