Selepas merealisasikan hasratnya untuk menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman dilihat semakin teruja dengan misinya membawa perubahan besar kepada skuad The Red warriors (TRW).
Terbaru, Hasmiza berkongsi gambaran
Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang bakal dicat dengan warna
merah jambu seperti diidamkannya.
"Doakan semoga saya dapat realisasikan signature of Kelantan, Pamoga Qu Puteh - The Red Warriors," tulis beliau pada kapsyen gambar tersebut, malam tadi.
Malaysiakini semalam
melaporkan, Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pihaknya
bersetuju dengan tajaan dan syarat diletakkan pengasas Vida Beauty Sdn
Bhd itu untuk menjadi penaja Kelantan.
Hasmiza sebelum ini meletakkan dua
syarat kepada Kafa iaitu menukar warna stadium dengan merah jambu dan
nama pasukan didahului dengan perkataan "Pamoga Qu Puteh".
Bagaimanapun, selain dua syarat
tersebut Hasmiza turut mengemukakan 33 lagi syarat tambahan kepada Kafa
dan ia dipersetujui bersama selepas kedua-dua pihak berbincang.
"Semoga impian dan usaha ini bakal menyemarakkan semangat untuk melihat aksi pemain dan berpesta Sekeluarga.
"Sihat, cantik, Pamoga Qu Puteh di Stadium Sultan Muhammad IV, amin," katanya yang lebih popular dengan gelaran Vida.
Sementara itu difahamkan, Hasmiza
memperuntukkan sejumlah RM1 juta dana dengan tujuan mengubahsuai
gelanggang keramat TRW termasuk dicat semula dengan warna pilihan
jutawan kosmetik kelahiran Machang, Kelantan itu.
Selain itu, majlis menandatangani
kontrak rasmi antara Vida Beauty dan Kafa bakal diadakan pada 15 Januari
ni di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Melalui penajaan dua tahun syarikat
kecantikan itu, Kafa bakal menikmati dana berjumlah RM16 juta di samping
faedah-faedah lain yang belum diumumkan penaja tersebut.
Note : Wahhh ! Kalau gitu la rupa stadium tu nanti , memang teruja sangat lah .. Cantik baq ang . Tambah , Lyssa ni memang suka warna pink. Kalau dapat pergi nanti , dah sah-sah selfie tak henti setiap sudut! kahkahkah . *gurauuu :P
0 comments:
Post a Comment