Santubong: #Selepas 13 hari hilang, seorang bapa terpaksa menerima hakikat bahawa jasad anaknya tidak akan dapat ditemui sampai bila-bila.
Itulah keperitan yang terpaksa dilalui pesara tentera, Mohd Yusuf Othman, 56, apabila jasad anak kesayangannya, Nurul Wazieyana, 23, gagal ditemui sehingga hari #terakhir operasi di Pantai Pasir Pandak, di sini, ditangguhkan, selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk baru.
“Hanya Allah yang tahu. Sebagai #ayah saya inginkan tanda, biarlah secebis daging, atau apa saja, asal dapat kami ingati pemergiannya,” kata Mohd Yusuf ketika ditemui media.
Hampir dua minggu menaruh #harapan, Yusuf menyusuri pantai itu setiap pagi dan petang dengan harapan menemui petunjuk mengenai anaknya itu, malah pagi semalam, dia turut bersama-sama lebih 55 anggota SAR menjalankan misi berkenaan.
“Saya harus nampak kuat di #hadapan keluarga, namun hati saya meruntun apabila keseorangan di pantai. Itu perlu saya sembunyikan,” katanya lagi.
Yusuf berkata, biarpun #masih berharap, dia dan keluarganya terpaksa menerima hakikat bahawa pusara Nurul Wazieyana adalah di pantai berkenaan.
Tuesday, 5 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment