Monday, 4 January 2016

Filled Under:

GEMPAR.....nak disiplinkan anak sampai membunuh!!!

Florida: #Seorang lelaki seberat 112 kilogram berdepan tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh selepas didakwa duduk di atas anaknya yang berusia enam tahun sambil bermain permainan video.

James ‘Rick’ #Dearman, 31, dan teman wanitanya Ashley Cole memberitahu polis, mereka cuba mendisiplinkan dua anak mereka yang enggan tidur sehari sebelum Krismas.

Dia #mengarahkan kedua-dua anaknya berdiri menghadap dinding. Apabila melihat seorang daripada mereka menyaksikan dia bermain, Dearman memaksanya meniarap di atas sofa dan dia duduk di atasnya sambil meneruskan permainan.

Polis berkata, #pasangan itu tidak mempedulikan jeritan kanak-kanak berkenaan yang meminta tolong kerana sukar benafas.

Lima minit #kemudian mereka menyedari mangsa tidak bergerak sebelum mengambil keputusan memanggil ambulans.

Paramedik #membawa budak itu ke hospital, tempat dia disahkan mati.

Ketika #ditanya mengenai kejadian itu, anak Dearman yang berusia tujuh tahun memberitahu polis: “Bapa duduk di atasnya dan dia mati.” - Agensi




0 comments:

Post a Comment