Sunday, 3 January 2016

Filled Under:

Gambar-gambar perkahwinan Marsha yang 'Rare' dan susah nak dapat.....Marsha yang banyak Rahsia~~

GEORGETOWN: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, selamat diijabkabulkan bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail malam ini. Majlis yang diadakan di rumah keluarga Shaiful di Jalan Free School menyaksikan dengan sekali lafaz Marsha, 30, sah bergelar isteri kepada Shaiful, 29. Majlis pernikahan secara sederhana yang diadakan kira-kira jam 9.20 tadi hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua mempelai.

#Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Fauzi Ibrahim selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut. Mohamed Shaiful Nizam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001.00 kepada Marsha manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. MAJLIS pernikahan secara sederhana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat kedua-dua mempelai.



#Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Busana yang disarungkan oleh Marsha untuk upacara pernikahan adalah hasil rekaan pereka fesyen Rizalman Ibrahim. Pasangan ini mula berkenalan sejak 10 tahun lalu dan hubungan itu mula serius sejak dua tahun kebelakangan ini. "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya sudah selamat dan saya berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan saya dan perkahwinan ini.


#Terima kasih juga kepada keluarga saya dan mentua yang banyak membantu dan membimbing saya. "Harapan saya, semoga penyatuan dua hati ini sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA," kata Marsha. Majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan di Kuala Lumpur pada minggu hadapan, juga secara tertutup. MARSHA sah bergelar isteri kepada Shaiful pada majlis yang diadakan di Jalan Free School, Pulau Pinang, malam ini. - Foto Instagram Michael Ang SUASANA di pekarangan rumah keluarga Shaiful Nizam di Jalan Free School, Georgetown. - Foto Zulaikha Zainuzman





0 comments:

Post a Comment