Sunday, 3 January 2016

Filled Under:

BERHENTI FITNAH.......satu lagi remaja yang diviralkan kehillangannya dijumpai....kali ini ditemui bersama..........



#Seorang pemuda membuat rayuan terbuka meminta orang ramai menghentikan penyebaran fitnah mengenai kehilangan adiknya yang berusia 15 tahun pada pagi Selasa lalu.

Ibrahim Mohamed Ngadon, 26, berkata adiknya, Siti Sarah tidak dirogol atau dibunuh, sebalik selamat pulang ke rumah keluarganya di Batu 38 di sini, kira-kira jam 11 malam pada hari sama. Katanya, timbul pelbagai andaian susulan kehilangan adiknya itu hingga ada #mendakwa Siti Sarah mati dibunuh dan dirogol yang tersebar menerusi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat.

“Dia dah balik ke rumah. Hentikanlah fitnah ini. Kami bersyukur dia pulang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kejadian tak diingini berlaku,” katanya. Ibrahim berkata, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai Siti Sarah #selepas berita mengenai kehilangan adik bongsu daripada tujuh beradik itu disebarkan di media sosial.

“Pengaruh media sosial sebenarnya bawa dia kembali ke pangkuan keluarga. Saya amat hargai usaha mereka yang turut sama bantu dalam hal ini,” katanya. Ibrahim berkata, sepanjang tempoh Siti Sarah hilang dari rumah, ibunya yang menghidap tekanan darah tinggi #pengsan hingga terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan susulan, Selasa lalu. 

“Seharian mak menangis mengenangkannya. Alhamdulillah, mak sudah pulang ke rumah jam 7 pagi semalam,” katanya. Dia berkata, adiknya itu disedari hilang kira-kira jam 5 pagi Selasa ketika ibunya bangun untuk menunaikan solat Subuh dan membuat persiapan #membuka gerai makan di kampung berkenaan. Ibrahim berkata, keluarganya yang risau dengan kehilangan Siti Sarah mempergiat usaha mengesan sebelum adiknya pulang ke rumah dan mendakwa mengikut rakannya. 

“Dia tak pergi jauh sebab ikut rakan sekitar kampung ini. Siti Sarah pulang selepas mengetahui kami mencarinya melalui media #sosial,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit




0 comments:

Post a Comment