Monday 4 January 2016

Filled Under:

Tindakan Bijak Kanak-kanak yang menyelamatkan dirinya daripada diculik.....Semua ibu bapa patut ajar anak2 teknik ini terutama pada zaman sekarang!!!!



Melaka: #Jeritan seorang remaja menyelamatkan sepupunya daripada dilarikan lelaki tidak dikenali selepas menyedari gelagat individu berkenaan memujuk kanak-kanak itu masuk ke dalam Perodua Myvi dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, di sini, Jumaat lalu.

Dalam #kejadian jam 11.20 pagi, Muhammad Arsyad Mohd Nor, 14, menjerit dan mengarahkan Muhammad Faqih Sulaiman, 6, pulang ke rumah selepas melihat kanak-kanak itu hampir memasuki Perodua Myvi terbabit.

Bapa #kanak-kanak itu, Sulaiman Kamaludin, 32, berkata, sebelum kejadian anaknya ditemani seorang lagi sepupunya, Muhammad Aizam Mohd Nor, 9, ke sebuah kedai terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka untuk membeli mainan.

“Selepas #bangun tidur, Muhammad Faqih mengajak Aizam ke kedai untuk membeli mainan menggunakan wang diberikan datuknya, namun saya curiga selepas dia pulang dalam keadaan menangis dan ketakutan.

“Anak #saudara kemudian menceritakan kejadian sebelum saya membuat laporan polis dan pergi semula ke kedai terbabit untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.




0 comments:

Post a Comment