Monday 4 January 2016

Filled Under:

Perjalanan terakhir seorang pahlawan....

#KUALA LUMPUR: Jenazah Kapten Hasman Hussin dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New York, Amerika Syarikat (AS), jam 1.15 #tengah hari esok. Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat menerusi satu kenyataan tadi, setibanya di KLIA, jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid AsSyuhada di Kem Terendak, Melaka untuk penghormatan dan solat jenazah.

"Jenazah kemudian akan dibawa ke surau Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah, Melaka sebelum dikebumikan di Tanah #Perkuburan Islam Kampung Durian Daun untuk dikebumikan," katanya. BH sebelum ini melaporkan jenazah Allahyarham akan diterbangkan menggunakan pesawat China Airlines #yang dijadual berlepas hari ini pada jam 12.20 tengah malam waktu AS (jam 1.20 tengah hari waktu Malaysia). Pesawat terbabit akan transit di Taipei selama tiga jam sebelum meneruskan penerbangan dan dijangka mendarat di KLIA jam 1.15 tengah hari, esok.


#Hasman , 43, lemas selepas kenderaan dinaikinya bersama empat rakan tentera dari negara lain dihanyutkan air deras di Missouri, AS pada 26 Disember lalu. Mangsa #sedang menjalani kursus di sebuah kem tentera AS, Fort Leonard Wood sejak 1 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir pada 15 April tahun depan.


Mereka berlima #pergi bercuti Sabtu lalu sebelum kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras semasa mengharungi satu laluan di Pulaski County, Missouri yang dinaiki air, kira-kira jam 2 pagi. Kejadian itu turut meragut nyawa empat rakan Hasman.





0 comments:

Post a Comment