Monday 4 January 2016

Filled Under:

MACAM-MACAM.......Setelah berlakon kena culik, kini teknik pergi BERTAPA pula....... Adakah ini semua angkara rancangan TV yang semakin merosakan???

Simpang Renggam: #“Assalamualaikum, sewaktu mak sedang baca surat ini, Angah dah tiada di Simpang Renggam, Angah sudah berada di Gunung Ledang untuk bertapa,” demikian antara nukilan terakhir seorang remaja kepada ibunya selepas menghilangkan diri dari rumahnya di Kampung Batu 7, #Blok 3 pada 28 Disember lalu.

Ibrahim Abd Jamel, 61, #berkata, anaknya, Mohd Azhan, 18, dipercayai keluar dari pintu dapur tanpa disedarinya yang ketika itu berada di halaman rumah jam 7.30 pagi.

Ketika itu anak-anaknya #yang lain berada di dalam bilik mereka manakala isterinya, Siti Hawa M Said, 46, berada di dalam bilik mandi.

Ibrahim dan isterinya yang tidak mengesyaki apa-apa hanya membiarkan ketiadaan anak kedua daripada lima orang adik-beradik itu, namun apabila lewat #senja kebimbangan mula timbul, apatah lagi telefonnya ditutup dan tidak boleh dihubungi.

“Sebaik memeriksa bilik Azhan, kami terkejut apabila mendapati sepucuk surat yang diletak di atas meja kecil menyatakan dia berhasrat mencari #ketenangan dengan bertapa di Gunung Ledang.

“Lebih #menghairankan di dalam surat itu, dia meminta kami tidak khuatir makan minum dan kehilangannya hanya sebulan sambil mengatakan meminta maaf lebih senang daripada minta izin,” katanya.

Dia yakin anaknya #dibawa pihak tertentu kerana tidak mungkin dia boleh bertindak keluar sehelai sepinggang jika mengetahui hanya akan berada di Gunung Ledang selama sebulan.

Ibrahim berkata, satu #laporan polis dibuat di Balai Polis Simpang Renggam sambil mengharapkan bantuan orang ramai untuk menjejaki anaknya dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau 014-6171992,” katanya.

Sementara itu, #jurucakap polis mengesahkan menerima laporan keluarga remaja terbabit dan siasatan sedang dijalankan




0 comments:

Post a Comment