Monday 4 January 2016

Filled Under:

INGAT lagi tak anak kecil mangsa dera yang heboh diperkatakan suatu masa dulu?? Tak sangka, begini kesudahan nasib si Yaya..................

Kota Bharu: Mangsa dera, #Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 6, atau lebih dikenali sebagai Yaya yang dipercayai didera ibu tiri dan bapa kandungnya, Julai tahun lalu, #bersemangat untuk memulakan sesi pra-sekolah tahun ini di sekolah swasta, Brainy Bunch Islamic Monntessori, Telipot, di sini, semalam.

Ibunya, Sana Abdul Malek,29, #berkata, anak perempuannya itu kelihatan gembira untuk pergi ke sekolah dan tidak sabar bertemu dengan rakannya yang lain.

“Sejak Yaya #dimasukkan ke sekolah ini pada Ogos lalu, dia sudah boleh menghafal beberapa bacaan asas dalam solat dengan baik.

“Alhamdulillah, ini #satu perubahan yang positif dan kini dia mampu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Sana, #sejak pulih daripada trauma yang dilalui, Yaya kerap menceritakan kejadian hitam yang menimpanya.

“Dia menceritakan 3kepada saya segala apa yang berlaku ke atas dirinya pada ketika itu dengan penuh semangat.

“Kini Yaya juga 3masih lagi perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya.

Harian Metro sebelum ini #melaporkan kanak-kanak malang itu dipercayai didera bapa kandung dan ibu tirinya selama enam bulan sehingga patah 13 tulang termasuk tulang belakang serta retak tempurung kepala.

Pemeriksaan terhadap 3mangsa mendapati kesan parut akibat kesan luka lama hampir di seluruh badan dan cedera di kepala serta 13 tulang belakang, rusuk dan bahu patah selain kesan melecur di bahagian kemaluan.

Kejadian itu hanya #diketahui ibu kandungnya selepas Yaya yang sebelum ini dijaga pasangan terbabit diserahkan semula kepadanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, dia berterima kasih kepada Pengerusi #Eksekutif Brainy Bunch Islamic Monntessori Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed kerana menanggung yuran pembelajaran Yaya sebanyak RM700 sebulan.

“Sejak Yaya #ditempatkan di situ, saya melihat sudah banyak perubahan ke atas dirinya dan kini sudah mula dapat bergaul dan bermesra dengan sesiapa sahaja.

“Daripada #didikan yang diterima dan juga asuhan daripada tenaga pengajar di sini, Yaya kini menjadi seorang kanak-kanak yang ceria dan pintar seperti kanak-kanak lain.

“Yaya adalah #anak angkat ketiga POKB dan kami akan terus menjaga kebajikannya sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti,” katanya.




0 comments:

Post a Comment