Sunday 3 January 2016

Filled Under:

Hanez berpantang tradisional demi anaknya....Lagi gambar anak Hanez Suraya yang comel.

Hanez, suami namakan anak Putri

HANEZ dan Romie bersama anak mereka yang bakal dinamakan dengan nama Putri.

#SHAH ALAM: Pelakon Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha bakal menamakan anak perempuan sulung hasil perkahwinan mereka dengan nama Putri. Romie berkata, bagaimanapun nama penuh anak yang lahir pada Selasa lalu itu hanya akan diputuskan dalam masa beberapa hari lagi. "Kami sudah ada beberapa senarai nama dan saya serta Hanez akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai bagi digandingkan dengan pangkal Putri," katanya kepada BH Online. Hanez berkata, beliau tidak kisah asalkan nama yang diberi memberikan makna yang baik untuk anaknya itu.



#Pelakon berkulit putih itu turut bersyukur kerana diberikan kesihatan dan dimudahkan segala proses ketika melahirkan cahaya matanya seberat 3.5 kilogram itu secara normal. "Syukur sekejap rasanya hari ini sudah lima hari saya bergelar ibu. Setakat ini, semuanya lancar dan saya sudah mula rasai pengalaman bangun tengah malam tukar lampin bayi," katanya tersenyum manis. ANAK perempuan sulung hasil perkahwinan Hanez-Romie dengan nama Putri.


# MAJLIS tahnik bagi anak Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha.

#Hanez turut memberitahu, beliau akan berpantang secara tradisional selama 44 hari dan menjaga makan demi bayinya itu. Beliau turut memilih untuk menyusu badan dan percaya khasiat susu ibu adalah terbaik untuk bayi, selain diet yang berkesan untuk ibu. Terdahulu, pasangan itu mengadakan majlis tahnik bagi bayi mereka yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Baihaqi Molyana dari pusat tahfiz Raudatul Solihin, #Banting. Romie turut menunaikan nazar beliau menjemput 45 pelajar tahfiz pada majlis jamuan serta akikah puterinya itu.




0 comments:

Post a Comment